Wednesday, July 15, 2009

Nik Aziz Minta Pengundi Keluar Awal-malaysiakini

Amanat Pimpinan Pakatan Rakyat


KOTA BHARU, 13 Julai: Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyeru semua bakal pengundi N41 Dewan Undangan Negeri Manek Urai turun awal untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam pilihan raya kecil Dun berkenaan esok, 14 Jun.

Beliau juga turut mengingatkan bakal pengundi khususnya menunaikan solat sunat dua rakaat di rumah masing-masing sebelum turun untuk membuang undi .

Beliau berkata demikian dalam sidang medianya hari ini. Lagipun, tambahnya mengundi seumpama menunaikan amalan fardhu yang lain seperti solat, puasa bulan Ramadan yang dilakukan hanya untuk Allah.

“Allah telah menetapkan dunia ini Dia yang punya, oleh yang demikian apabila kita ingin membuang undi, ianya hendaklah selaras dengan kehendak Allah SWT.

“Kalau rakyat Kelantan membuat rumah di tepi jalan, itu bererti setinggan, kita kena roboh, kalau orang luar negara datang buat pembangunan juga kena roboh sebab setinggan,”ujarnya lagi.

Katanya, manusia ini adalah hamba Allah yang tidak boleh melakukan perkara lain mengikut landasanNya di mana akhirnya ada balasan syurga dan neraka.

Menurutnya, sekiranya perkara itu dilakukan juga dengan menolak hukum Islam, dengan mengambil hanya soal demokrasi semata-mata, tetap menjadi setinggan.

“Kerana itu saya ingatkan kepada semua rakyat Kelantan tidak kira sama ada orang Umno atau PAS, mesti keluar mengundi esok.( pagi ini )

“Sudah banyak contoh yang kita buat di Kelantan ini telah dapat diterima oleh rakyat pelbagai peringkat peringkat dan bangsa sama ada Melayu, India, Cina dan sebagainya alhamdulillah,”ujarnya lagi.

Menurutnya, tidak kira bangsa apa sekalipun, sama ada Arab, Melayu, India dan Cina akan menjadi ‘setinggan’ sekiranya melakukan sesuatu di luar kehendak Islam.

Beliau juga berharap keharmonian akan berlaku sepanjang proses pilihan raya esok.

Bagaimanapun, tambahnya sesuatu di luar jangkaan kadang-kadang boleh berlaku apabila ‘diganggu’ oleh pihak-pihak tertentu yang sengaja ingin menjadikan suasana agak tegang.

Beliau bagaimanapun tidak menolak perubahan masyarakat dalam menangani politik di negara ini telah jauh berubah berbanding zaman 50-an atau 60 an dahulu.

“Kalau dahulu bendera PAS khususnya dibakar oleh mereka yang tidak bertanggungjawab,”ujarnya lagi.

Sehubungan itu, beliau turut menyeru bakal-bakal pengundi di luar Kelantan diseru pulang untuk menunaikan tanggungjawab yang penting itu.

"PAS FOR ALL"
"ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN"
UNIDILAH PAS!!! UNDILAH PAS!!! UNDILAH PAS!!!

Berikanlah undi anda kepada PAS kerana PAS bukan sahaja untuk semua tetapi juga memimpin perubahan.

TAKBIR!!!


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Kemengan Pas Di Manik Urai


kemangan pas di manik urai menunjukkan rakyat tidak mahu akan perubahan....
sebaliknya rakyat hanya mahu islam dan kebenaran.......
ape yang kita semua tahui pas hanya menang dengan hanya 65 undi sahaja....
inilah yang disiarkan dalam tv umno semalam............
tetapi yang sebenarnya pas telah mengalahkan umno sebanyak 1700 undi.......
apabila sampai di pusat kiraan undi dan telah dikira semula pas hanya menang 33 undi je.............
dan kiraan kali ke-3 dibuat telah menunujukkan pas menang sebanyak 65 undi....
kemana hilang kertas undi yang sebelum ini telah mengatakan pas menang sebanyak 1700 undi...
tentu sekali pihak atasan telah membuat undi tersebut sebagai undi rosak....
hanya allah sahaja yang dapat membalas di atas perbuatan kejinya itu....
ape2 pon pihak pas telah bersyukur di atas kemenangan itu............

Tuesday, July 14, 2009

Suasana di Manik Urai pagi ini


kempen sudah berakhir jam 12 mlm tadi.
jalan raya sesak dengan kenderaan dari Bandar kuala krai sehingga ke kg peria(kira2 20km)
sokongan padu kepada Pas jika dilihat pada kenderaan yg membawa
bendera...
suasana cukup meriah..
kedua2 penyokong parti kelihatan berdisiplin


8.00 Pagi : Semua pusat mengundi DUN Manek Urai telah dibuka secara rasmi sebentar tadi. Sebanyak 9 pusat mengundi di DUN Manek Urai. Selamat membuang undi.

8.01 pagi: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat tiba di pusat pengundi kawasan Sg Peria, SK Peria. Beliau tidak mahu meramalkan tetapi punya keyakinan PAS akan beroleh kemenangan.

8.20 pagi - Abe Uji telah masuk ke dalam tempat membuang undi Sekolah Kebangsaan Sungai Peria memerhati perjalanan proses pembuangan undi yang sedang berlangsung.

8.30 pagi Setelah 20 minit melihat keadaan di Sungai Peria calon Pas, Abe uji menuju ke Sekolah Kebangsaan Sungai Sok pula.

8.29 pagi Kebanyakan yang turun mengundi awal pagi ini adalah dari saluran satu.

9.00 pagi Sementara itu, laporan dari Sekolah Kebangsaan kampung Karangan UPU Manjor, jalan ketika ini sesak berikutan laluan sempir menuju temapt mengundi.

Petugas jentera PAS lebih menguasai keadaan dalam merayu undi, hanya sebilangan kecil kumpulan puteri Umno kelihatan di sana.

9.08 pagi - Laporan dari 9 tempat mengundi, saluran 3 masih lagi lengang. Hanya saluran 1 yang di penuhi pengundi.

9.10 pagi
- Helikopter peronda polis mulai sesak diudara, memantau keseluruhan tempat seolah-olah Manek Urai di duduki pengganas.

Pesan Tokguru pada pengundi Manik Urai



"Sebagaimana saya sering sebut sebelum ini 'beri gula kacau, beri kain pakai, beri lembu sembelih, tetapi bila mengundi pangkah calon PAS' hendaklah terus dipraktikkan.

"Duit yang dia bagi kita ambil, tetapi jangan undi dia, akhirnya dia akan perit setelah dia berasa dia bodoh dan tertipu," ujarnya.

Monday, July 13, 2009

Surat Debat Tok Guru Kepada PM

Kategori: Isu Semasa
(S)16/7/(21) 9 Rejab 1430 / 2 Julai 2009

Yang Amat Berhormat
Datuk Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
Bangunan Perdana Putra
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA

Assalamualaikum WM WB.

Semoga YAB. Dato’ Seri sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan beroleh petunjuk yang berpanjangan dari Allah SWT dalam memimpin Negara.

YAB Dato Seri,

Cadangan Mengadakan Debat Ilmiah Isu UMNO Parti Menolak Islam

Dengan segala hormatnya, di maklumkan bahawa saya ada menerima khabar tentang laporan polis yang dibuat oleh anak buah di Kelantan Dato’ Seri berhubung dengan perkara di atas. Pada dasarnya, saya lebih banyak berlapang dada.

Mengikut laporan, kononnya saya telah menghasut dengan mengatakan bahawa UMNO sebuah parti yang sesat. Di sini, izinkan saya tegaskan sekali lagi bahawa “mana-mana faham yang menolak Islam (termasuk UMNO) – sememangnya kita panggil ajaran sesat”. (lihat Utusan Malaysia muka surat 6, 27 Jun 2009).

Sebagai penjelasan, mari kita mulakan begini. Pertama, dunia ini bukan dibuat oleh manusia atau terjadi sendiri. Ia ada penciptanya dan tuannya yakni Allah. Oleh sebab itulah kita tidak boleh buat pandai-pandai, melebihi dari apa yang menjadi kehendak “Tuan Punya” yang menjadi tuan rumah kepada seluruh alam ini.

Kedua, al-Quran menetapkan bahawa manusia, tanpa mengira bangsa , bahasa dan keturunan adalah menjadi khalifah-Nya. Kepada manusia pertama iaitu Adam ‘alaihissalam, Allah SWT telah menetapkan bahawa sebarang perbalahan yang berlaku di antara anak buah kamu (lihat sebahagian surah al-Baqarah Ayat 36) akan menjadi reda dan tenang (lihat pula sebahagian Surah al-Baqarah Ayat 38)sekiranya kamu menuruti hidayah-Ku. Atau, maksud kedua-dua perkara ini ada dirangkumkan dengan penuh didalam surah Thoha yang bermaksud, “Allah berfirman:turunlah kamu berdua dari syurga bersama-sama , sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain. Maka, jika datang kepada kamu petunjuk dari-Ku, lalu barangsiapa yang mengikuti petunjuk dari-Ku, ia tidak akan sesat dan celaka.”(Lihat surah Thoha Ayat 123). Ini adalah benda yang menjadi tugas utama yang amat penting para Nabi sejak daripada zaman berzaman termasuk Nabi Muhammad SAW.


Nabi SAW mewajibkan kita membaca Fatihah dalam sembahyang. Di dalam Fatihah, telah ditetapkan tiga perkara pokok. Satu laluan yang betul dan dua yang salah. Ayat “si ro thollazi na an ‘am ta ‘alai him” yang menuntut jalan yang lurus adalah betul manakala ayat “ghoiril maghdhu bi ‘alaihim waladdhol liin” adalah yang salah seperti yang di maksudkan. Aneh, bahkan silapnya Umno ialah Umno tolak yang betul iaitu “siro thollazi na an ‘am ta ” yang menjadi jalan Nabi-Nabi iaitu menolak Islam dan mengambil sistem sekular barat yang tidak pasal-pasal menimbulkan pecah-belah teruk di kalangan seluruh orang Melayu dan orang Islam bukan Melayu di Malaysia. Ini termasuk jugalah perpecahan antara orang Islam dan Non –Islam di negara kita.

Lebih buruk apabila semuanya ini menjadikan orang-orang yang belum Islam terkapai-kapai; yang mana yang sebenar samaada Islam atau sekular. Hasil daripada inilah saya rasa sudah sampai masanya untuk mengajak Presiden Umno yang menjadi Perdana Menteri sekarang ini bersemuka dengan saya di atas dasar “waja dil hum billati hiya ahsan” yang bermaksud, “serulah manusia pada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan nasihat yang baik “(Sebahagian dari maksud surah an-Nahl Ayat 125).

Persoalan yang ada di hadapan kita sekarang ialah kenapa Umno tolak Islam sedangkan Islam adalah jalan yang bersifat “siro thol mustaqiim”? Bahkan, sikap Umno melawan PAS sedangkan PAS yang ditubuhkan sejak 1951 meletakkan Islam sebagai dasar adalah sebuah kekeliruan yang cukup dahsyat. Pegangan Umno yang menolak jalan yang lurus inilah yang saya ertikan sebagai boleh membawa kepada perpecahan dan kesesatan.

Menyamakan atau membandingkan ajaran Ayah Pin atau komunis dengan UMNO yang menolak Islam adalah sekadar mematuhi kaedah al-balaaghah. Ini penggunaan perumpamaan atau kiasan semata-mata. Jauh dari segi maudhu’, ia bertujuan untuk menjelaskan bagaimana aliran asal sekularisme yang menolak agama khususnya Islam dari pemerintahan. Ini punca sebenar atau ibu kepada segala kesesatan. Apabila sekularisme itu adalah faham yang sesat, maka tidakkah faham kebangsaan yang merupakan cabang dari ajaran sekular bawaan Parti Kebangsaaan Melayu Bersatu (UMNO) itu juga turut sesat?

Seperti yang kita sedia maklum, perdebatan diterima oleh Islam dan diterima oleh demokrasi. Ia perkara fitrah dan perkara sedunia. Contoh terdekat ialah perdebatan antara Obama dengan saingan beliau dari parti Republikan. Begitu juga dengan debat antara calun-calun Presiden Indonesia terkini yang sedang berlangsung di Jakarta yakni antara regu Susilo Bambang Yudhono/Boediono, Megawati Soekarnoputri/Prabowo Subianto dan Jusuf Kalla/Wiranto.

Jika di Eropah dan negara negara demokrasi yang lain, debat lebih ditumpukan kepada perkara-perkara cabang yang bersifat keduniaan semata-mata maka apa salahnya jika kali ini kita perbahaskan perkara pokok yang menyentuh aqidah? Masalah yang saya bawa ini adalah perkara aqidah yakni persoalan tunjang yang menyentuh kedua-dua kepentingan secara bersekali, dunia dan akhirat.Jika tidak betul aqidah, sembahyangpun tidak diterima. Dunia demokrasi yang sekular; mana ada pedulikan masalah aqidah dan


persoalan “sesat tak sesat”? Soal sesat atau tidak, ini istilah ugama. Ini bukan isu perlembagaan dan undang-undang.

Sesat seperti yang terdapat di hujung surah al-Fatihah (adho- Lliin) bererti dholalah yakni tidak bertemu atau berjumpa jalan.Kita perlu sama-sama sedar bahawa jalan yang boleh diharap hanyalah jalan yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Ini persoalan “huda llil muttaqiin” yakni jalan yang menjadi petunjuk bagi mereka yang bertaqwa (lihat sebahagian maksud al-Baqarah Ayat 2). Tak turut jalan inilah apa yang dipanggil sesat.
Tidak timbul sama sekali soal menghasut atau mencetuskan keresahan. Ini isu ugama sepenuhnya. Ini persoalan teguran dan dakwah.

Demi mencari kejernihan dan menghentikan polemik, saya mohon mencadangkan sebuah debat ilmiyyah dianjurkan dalam tempoh terdekat kearah menjelas dan merungkai segala kemusykilan dari kedua-dua perspektif parti bertajuk “kerana apa Umno tolak Islam dan kerana apa Umno lawan PAS”; tidak lebih daripada itu. Insya Allah, saya bersedia untuk bersama Dato’ Seri Perdana Menteri dalam majlis berkenaan tanpa meletakkan sebarang syarat. Lantiklah mana-mana mufti atau salah seorang sarjana yang faqih lagi amanah, baik dari dalam mahupun luar Negara untuk menjadi pemudah cara yang adil bagi tujuan ini. Tempat yang sesuai boleh ditetapkan oleh pihak Dato’ Seri, baik di Kuala Lumpur atau di mana-mana. Hari dan masa juga adalah mengikut kelapangan dan keselesaan YAB. Saya boleh mematuhi kepada apa jua ketetapan asalkan Dato’ Seri bersedia untuk bersama dalam sebuah rapat ilmiyyah untuk dibuat siaran langsung demi manfaat Negara.

Seluruh rakyat akan menjadi hakim di atas pelbagai sandaran yang saya maksudkan ketika mengatakan apa yang telah saya sebut mengenai fenomena UMNO dengan persoalan kesesatan ini.

Jadi, sekali lagi saya dengan ikhlas mengangkat cadangan ini agar sudilah apa kiranya YAB. Dato Seri menerima pelawaan ini mengikut kesesuaian tarikh Dato” Seri demi kebaikan bersama. Semoga diizinkan Allah. Terima kasih, Wasalam.


Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

RAYUAN PENGUNDI DUN MANEK URAI

Kategori: Politik
Bismilllahir Rahmanir Rahim

Dalam keadaan yang tersangat berat kita terpaksa menerima sebuah perpisahan. Pada kira-kira jam 6.00 pagi tanggal 22 Jamadil Awal 1430 (Jumaat)/22 Mei 2009, Allah S.W.T. telah menjemput Almarhum Pak Su kita menemuiNya. Rupa-rupanya kasih sayang Allah S.W.T melebihi nilai kasih sayang kita kepada Pak Su Wel kita. Demikianlah resam kehidupan yang bernama hidup dan mati. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati.” - Surah Ali’Imran : Sebahagian dari Ayat 185

Sama juga halnya dalam satu ayat yang lain:

“Maha Suci Allah Yang ditanganNyalah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa diantara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” - Surah Al Mulk: Ayat 1 dan 2

Hidup ini penuh dengan pelbagai ujian untuk mengasingkan antara orang yang taat dengan hamba-hambanya yang derhaka.

Dalam Sistem Demokrasi, tentu sekali pengosongan Kerusi DUN Manek Urai perlu diisi. Setelah membuat pertimbangan yang sehabis cermat, maka kita turunkan calon ganti yang bernama Mohd Fauzi Abdullah berusia 50 tahun, anak tempatan yang mesra rakyat ini, sengaja kita ambil untuk mengganti arwah. Ini semata-mata kerana mutu sifat suka berkorban beliau yang luar biasa. Dalam banyak perkara, beliau menyerupai sifat mudah mesra dan mudah berkira, amalan bekas ADUN kita yang lalu.

Selain dari melihat sifat peribadi beliau yang ramah, cergas dan merendah, beliau seorang yang istiqamah dalam perjuangan. Sifat semula jadi beliau yang suka berkorban, saya lihat cukup sesuai dengan persekitaran alam dan selera pengundi di kawasan yang kaya dengan tumbuhan hijau di Manek Urai ini. Hanya dua kali sahaja Umno telah diberi peluang menang. Berpuluh-puluh tahun selebihnya; alhamdulillah, kerusi ini menjadi milik PAS hingga sampai ke hari ini.

Kita tidak meminta sesuatu yang lebih untuk Pilihan Raya Kecil pada kali ini. Apa yang cuma perlu kita lakukan hanyalah mengulangi apa yang telah kita buat pada 8 Mac 2008. Bahkan, jika PAS menang dengan majoriti 1,352 undi pada tahun lepas, maka mari kita buat sedikit pembaikian dengan menambah majoriti. Tidak ada apa kelebihan yang ada dari parti lawan selain daripada umpan hadiah berupa pembangunan dan janji-janji subsidi di sana sini. Kita bukan tidak kenal siapa Umno. Cukuplah dia menghuru-harakan Negeri Perak. Mari kita kekalkan suasana tenang di Kelantan, dalam rahmat pemeliharaan Allah S.W.T. seperti yang telah dianugerahiNya kepada kita selama ini.

Di bawah PAS, susah apa. Agama dapat, pembangunan dapat. Kita sedang beri makanan rohani yang secukupnya tanpa mengabaikan aspek kebajikan kepada rakyat kita. Apa yang ada pada kita, tidak ada pada Umno. Ini semua bertolak dari kejujuran kita untuk menjaga agama Allah dan nasib rakyat tanpa mengira bangsa dan warna kulit supaya berjaya di dunia dan berjaya lagi di akhirat. Yang kita sama-sama sedang berikhtiar dan sentiasa perlu jauhi ialah azab Neraka di akhirat kelak. Umno tidak ada ‘buah’ ini. Sikit-sikit pembangunan. Sikit-sikit one Malaysia. Dia hanya gilakan dunia. Bagi mereka, halal haram dia tak peduli. Bagi mereka kejayaan di akhirat tidak mustahak.

Kepada seluruh pengundi, baik dalam mahupun luar, mari kita terus kembali kepada Islam. Tunaikan tanggungjawab pada 14 Julai ini. Pilihan kita adalah PAS. Nampak saja bulan, jangan banyak soal; terus pangkah - selesai masalah. Mari kita kekalkan persekitaran hijau yang subur di Manek Urai demi Allah untuk Allah kerana hanya Dialah jua yang Maha Besar.

Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar.




NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Menteri Besar Kelantan
Merangkap
Mursyidul Am PAS

Berita Terkini dari Manik Urai

Berita terbaru yang diterima dari imformer yang baru pulang dari Manik Urai mengatakan umno mula membahagi bahagikan duit untuk meraih sokongan pengundi Manik Urai .Dikatakan setiap Rumah di Manik Urai ditawarkan beribu-ribu ringgit sebagai balasan jika sudi mengundi Umno dalam pilihanraya nanti.

Setiap pengundi ditawarkan sebanyak RM 1000 untuk satu undi.Dikatakan juga orang besar dari Putrajaya sendiri datang ke rumah-rumah di kampung-kampung untuk membahagi-bahagi kan wang kepada pengundi di situ.Siapa orang besar tu, korang pikir la sendiri..

Mengikut kiraan yang dibuat secara rawak oleh petugas-petugas pilihanraya setakat kelmarin, kemungkinan Pas akan menang tipis pada pemilihan kali ini di sebabkan oleh beberapa faktor.
Selain faktor membeli undi,faktor dalaman juga mungkin menyebabkan Pas bakal mendapat kemenangan yang tipis di Manik Urai kali ini.

Masaalah dalaman itu ialah masaalah tak puas hati di kalangan penduduk setempat berkenaan kurang nya sikap ambil peduli jentera parti kepada pengundi yang difikirkan sudah pasti menyokong pas dan penekanan terlampau diberi kepada pengundi baru dan pengundi atas pagar.

Golongan ini yang kebanyakannya sudah agak berusia mungkin merasa kecik hati dengan sikap petugas tempatan.Dibimbangi mereka mungkin memprotes dengan tidak keluar mengundi pada hari pengundian nanti.

Perkara ini perlu di pandang serius oleh jentera parti di peringkat tempatan jika tidak mahu menghadapi saingan yang sengit dari pihak lawan.
Dalam kita berusaha meraih sokongan pengundi baru jangan pula kita lupa kepada generasi lama yang sudah banyak berjasa kepada kepada parti.