Berita Terkini dari Manik Urai
Berita terbaru yang diterima dari imformer yang baru pulang dari Manik Urai mengatakan umno mula membahagi bahagikan duit untuk meraih sokongan pengundi Manik Urai .Dikatakan setiap Rumah di Manik Urai ditawarkan beribu-ribu ringgit sebagai balasan jika sudi mengundi Umno dalam pilihanraya nanti.Setiap pengundi ditawarkan sebanyak RM 1000 untuk satu undi.Dikatakan juga orang besar dari Putrajaya sendiri datang ke rumah-rumah di kampung-kampung untuk membahagi-bahagi kan wang kepada pengundi di situ.Siapa orang besar tu, korang pikir la sendiri..
Mengikut kiraan yang dibuat secara rawak oleh petugas-petugas pilihanraya setakat kelmarin, kemungkinan Pas akan menang tipis pada pemilihan kali ini di sebabkan oleh beberapa faktor.
Selain faktor membeli undi,faktor dalaman juga mungkin menyebabkan Pas bakal mendapat kemenangan yang tipis di Manik Urai kali ini.
Masaalah dalaman itu ialah masaalah tak puas hati di kalangan penduduk setempat berkenaan kurang nya sikap ambil peduli jentera parti kepada pengundi yang difikirkan sudah pasti menyokong pas dan penekanan terlampau diberi kepada pengundi baru dan pengundi atas pagar.
Golongan ini yang kebanyakannya sudah agak berusia mungkin merasa kecik hati dengan sikap petugas tempatan.Dibimbangi mereka mungkin memprotes dengan tidak keluar mengundi pada hari pengundian nanti.
Perkara ini perlu di pandang serius oleh jentera parti di peringkat tempatan jika tidak mahu menghadapi saingan yang sengit dari pihak lawan.
Dalam kita berusaha meraih sokongan pengundi baru jangan pula kita lupa kepada generasi lama yang sudah banyak berjasa kepada kepada parti.



No comments:
Post a Comment