Sunday, July 12, 2009

ADUN Galas Uzur


KOTA BHARU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pas kawasan Galas di Parlimen Gua Musang, Che Hashim Sulaiman, 45, kini dilaporkan dalam keadaan uzur akibat kanser perut.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata beliau sudah menghubungi Che Hashim semalam dan bertanya khabar mengenai keadaan Adun itu.

"Semalam saya hubungi dia, memang dia sakit barah dan uzur sekarang ini. Dia menjalani proses kimoterapi di Kuala Lumpur," katanya di Kota Darulnaim di sini, hari ini.

Menurut sumber rakan terdekat Che Hashim, berkata beliau kini sentiasa berulang-alik dari kawasannya ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan kimoterapi bagi penyakitnya itu, yang kini berada di tahap empat.

"Semua ahli keluarganya jarang berada di rumah di Taman Tropika, Galas dan Kampung Kerinting, di Galas," katanya.

Sementara itu, pemimpin Pas dan ahli keluarga terdekat ketika dihubungi enggan mendedahkan sebarang maklumat mengenai keadaan Che Hashim.

Tinjauan mendapati di pejabat Pas Kawasan Parlimen di Bandar Gua Musang turut mengadakan majlis tahlil dan bacaan surah Yassin bagi mendoakan kepada Allah supaya Che Hashim segera sembuh.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Gua Musang, Bazlan Baharuddin, berkata beliau juga mendapat khabar daripada anggota keluarga Che Hashim mengenai perkara itu.

"Saya cuba menziarahi Che Hashim untuk melihat keadaannya namun tidak berpeluang kerana dia sentiasa tiada di rumah. Sudah lama saya dapat tahu, tapi keadaannya sekarang dikatakan serius.

"Kami dan Pemuda Umno akan turut mengadakan bacaan surah Yassin dan mendoakan supaya Che Hashim segera sembuh dan sihat," katanya.

Debat Husyam VS Dato' Pa di Manik Urai




Selepas tokguru ,kini giliran Husyam pula mencabar dato,Mustafa mohammad untuk berdebat mengenai isu royaliti minyak di Kelantan.Husyam mencadangkan debat itu di adakan di Manik Urai biar pengundi menilai sendiri hujah dari kedua-dua belah pihak.

Kenyataan Dato'Husyam tersebut di nyatakan kepada pemberita selepas program Cakna keluarga di manik Urai petang semalam.

"Setakat yang kita dapati hujah undang-undang dan dokumen menyebelahi Kelantan.

"Sebab itulah kita cadangkan diadakan satu forum (debat) di Manek Urai, di mana Dato' Mustapa Mohamed mewakili kerajaan Malaysia dan Petronas dan saya mewakili kerajaan Kelantan,"

Husam juga berkata, pada 3 Ogos depan beliau akan menganjurkan lawatan bersama anggota parlimen Pakatan Rakyat meninjau kawasan pelantar Cekerawala.

"kita telah menempah bot laut dalam yang boleh memuatkan ramai penumpang dan ramai anggota parlimen Pakatan Rakyat akan dijemput."

"Saya juga hendak jemput Mustapa dan Khairy Jamaluddin bersama dalam tinjauan tersebut . Jadi kalau mereka bersungguh-sungguh hendak bersatu hendaklah mereka membayar royalti kepada kerajaan Kelantan.

"Ada masa lima enam jam di atas kapal itu kita boleh bincang masalah tersebut," katanya.

Beliau berkata, biar pun diminta Petronas menjawab tetapi beliau yakin kerajaan masih lagi mempunyai kuasa politik untuk mempengaruhi Petronas memberi jawapan politik.

"Jadi kita berharap Petronas tidak memberi jawapan politik dan memberi jawapan yang berasaskan undang-undang dan keadilan.

"Jadi tekanan politik adalah mustahak biar rakyat tahu dengan maklumat-maklumat dan mereka tidak boleh lagi menyembunyikan hak rakyat Kelantan," katanya.

Surat kepada Perdana Menteri bagi menuntut royalti dihantar sebulan lalu dan tiga bulan lepas Menteri Besar juga menghantar surat kepada Tan Sri Hassan Merican bagi mencadangkan pendaratan gas dari PM301 ke Bachok.

petikan dari:harakahdaily.net

Saturday, July 11, 2009

Santai - Cita-cita Seorang Pelajar

Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kepada pelajarnya-pelajarnya. Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka.

Abu berdiri dan berkata, “Nama saya Abu bin Dolah. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebagainya”.

“Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi?”, tanya cikgu.

Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi berdiri dan berkata, “Nama saya Noni binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel”.
“Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?”.

Seman berdiri dan berkata, “Saya Seman bin Leman, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya…”.

Tuan Tabal (1840-1890)



Nama lengkap beliau ialah Hj.Abdul Samad Bin Muhammad Saleh al-Kalantani.Dilahirkan di kampung Tabal pada tahun 1840an.tidak banyak maklumat yang diperolehi berkenaan dengan keluarga beliau tetapi diketahui bahawa Tuan Tabal atau Hj.Muhammad Abdul Samad al-Kalantani merupakan ayahda kepada dua orang tokoh ulama kelantan iaitu Hj.Wan Musa dan Hj.Wan Muhammad.

Hj.Muhammad Abdul Samad al-kalantani adalah hidup sezaman dengan Tok Wan Ali Kutan.


Pendidikan

Tuan Tabal mendapat pendidikan awal di Patanidan Besut,Terengganu.mengikut sumber,guru beliau di Besut ialah Tuan Hasan Besut.
Tetapi guru-guru Tuan Tabal yang lain tidak dapat dipastikan.
Selepas itu tuan Tabal melanjutkan pengajian beliau di mekah di bawah bimbingan tuan guru Sidi Ibrahim,iaitu murid kepada Sidi Ahmad bin Idris.Sidi Ahmad bin Idris adalah pengasas tarekat Ahmadiah berasal dari Afrika Utara.

Kitab-kitab Karangan Beliau
Tuan Tabal juga terkenal dengan kitab-kitab karanganya yang membincangkan ilmu Tasawuf.
Antaranya ialah:

Manhat al-Qarib

Jala'al Qulub

Munabbih al-Ghafilin

Bidayat al-Ta'lim

Bikifayat al-Awam

Manhaj ahl al-Aubat fi Bayan al-Tauhid.

Berkenaan tarik meninggal Tuan Tabal tidak ada tarikh tepat yang dapat dipastikan walaubagaimanapun beliau dikatakan meninggal sekitar tahun 1890 di Kota Bharu.
Wasalam..

Kisah sebenar Peristiwa Memali(siri 4)



Pada Minggu lepas di ceritakan percubaan kerajaan BN untuk menahan Asyahid Ustaz Ibrahim dibawah akta ISA tetapi tak berjaya kerana di sembunyikan oleh murid-murid beliau.

Setelah lebih kurang 40 hari disembunyikan masjid tempat asyahid selalu mengadakan usrah mulai sunyi dari pengajian dan pembelajaran agama dari beliau.

Ini menyebabkan murid-murid beliau menjadi rindu untuk mendengar kuliah dan usrah dari beliau membawa Asyahid pulang kembali secara sembunyi.

Setelah itu Asyahid Ustaz ibrahim meneruskan semula usrah beliau di masjid - masjid seperti selalu dilakukannya tetapi kali ini secara sembunyi.Ini di ambil kesempatan oleh kerajaan Umno untuk memfitnah beliau,menuduh beliau mengajar ajaran sesat.Yang akhirnya mencetusnya peristiwa berdarah tersebut.

didalam peristiwa tersebut Pakteh(pencerita), telah terkena 14 das tembakan dari jarak dekat tak sampai 10 meter.tapi apa yang menghairankan orang lain dan Pakteh sendiri ialah walaupun darahnya mengalir begitu banyak,pakteh tidak pengsan atau merasa sakit.

Bahkan angota polis yang bertugas menghimpunkan mayat-mayat dan mangsa yang cedera tercengang melihat Pakteh masih lagi melemparkan senyuman kepada mereka.
Mungkin inilah satu tanda rahmat Allah kepada orang yang benar-benar ikhlas memperjuangkan agamanya.

Begitu juga kepada petugas hospital,mereka juga hairan bagaimana pakteh langsung tidak merasa sakit dengan kecederaan tersebut.Padahal pesakit yang lain tidak begitu.

Menurut pakteh setelah Asyahid dibawa pulang kembali dari tempat persembunyiannya,rumah Asyahid sentiasa dikawal rapi oleh murid-muridnya secara bergilir-gilir setiap malam.
Ada juga cerita aneh dari pihak polis yang meronda sekitar kampung tersebut,pada malam hari mereka mengatakan pernah melihat sekumpulan orang berjubah putih sedang berada di atas bumbung rumah asyahid.

Sesetengah mereka pula mengatakan mendengar suara zikir dan takbir yang sangat kuat apabila mendekati rumah asyahid.Ini menyebabkan usaha untuk menagkap Asyahid menjadi sukar.Tetapi kebenaran cerita ini tidak dapat dipastikan.

Sebelum peristiwa Memali,telah berlaku satu krisis yang agak tegang antara pihak polis dan orang kampung.
Pada malam 20 oktober 1985,satu ceramah telah diadakan di perkarangan Madrasah Islahiah Diniah yang mana penceramahnya ialah Ustaz Awang Bakar dari terengganu dan Ustaz Ibrahim Libya sendiri.

Seperti biasa jika ada ceramah Pas pihak polis akan adakan sekatan jalanraya,dalam satu sekatan menuju kg,Weng pihak polis telah menahan seorang pemandu van kerana menyimpan parang panjang.walaupun sudah dijelaskan oleh pemandu tersebut bahawa parang tersebut memang sentiasa ada di simpan dalam vannya kerana digunakan untuk membuat kerja-kerja kebun,menebas dan sebagainya.
Perkara ini memang biasa di kampung-kampung,malah ada yang menyimpan parang panjang dalam motorsikal.

Kejadian ini menyebabkan beberapa orang kampung yang panas baran telah menawan beberapa orang anggota polis termasuklah Ketua Polis daerah Baling sebagai tebusan.Mereka mahu polis membebaskan pemandu van tersebut barulah mereka membebaskam angota polis tersebut.Akhirnya pihak polis terpaksa akur.

Selepas kejadian malam itulah pihak polis terutama Ketua Polis Daerah Baling,dikatakan berdemdam dengan penduduk kampung menyebabkan polis mula memusuhi penduduk setempat.
-ijoks2009-
Bersambung minggu hadapan...

Friday, 10 July 2009

Manik Urai makin Hangat

Suasana semakin panas di Manik Urai,Semakin dekat dengan hari pengundian,semakin rancak kedua-dua parti bertanding mengadakan usaha untuk mendapat undi.yang paling ketara sekali ialah Umno yang pastinya menggunakan segla kemudahan milik kerajaan untuk memastikan parti mereka tidak kecundang sekali lagi.

Suasana petang tadi di Manik Urai kelihatan bendera-bendera kedua-dua parti telah mula memenuhi tepi-tepi jalan sepanjang perjalanan.Yang paling ketara ialah kelihatan berpuluh-puluh buah kemah putih yang dilengkapi sistem penyejuk adara yang tentunya dipenuhi oleh beratus-ratus anggota polis.Dah jadi macam zon perang pulak kat Manik Urai tu

Dalam perjalanan kelihatan juga sebuah helikopter warna hitam berkilat landing kat atas padang sebuah sekolah kat Kuala Krai ,milik siapa agaknya.Tapi nampak macam milik Kerajaan Malaysia hehehe..

Maklumat dari penduduk setempat mengatakan bahawa orang nombor dua negara ada singgah solat jumaat di sebuah masjid kampung Temalir.
Siapa lagi kalau bukan TPM.Ooo patut la.Dikatakan juga hampir setiap hari ada saja orang-orang besar dari putrajaya datang ke kampung-kampung di Manik Urai menagih undi.
Kenapa mesti panglima sendiri yang turun ke gelanggang ni,takkan tak harapkan anak buah.Ha ha ha ..

Dua tiga hari ini suasana di Manik Urai semakin rancak dengan ceramah-ceramah mereka.kalau dulu ceramah pilihanraya biasanya dibuat di waktu malam tetapi sekarang mereka telah mula mengadakan ceramah di siang hari.Kenapa tu, takut tak ada orang datang ke kalau buat malam.Tak cukup dengan ceramah puak-puak Umno dah mula buat kempen dari rumah ke rumah,tapi rumah yang diaorang pergi adalah rumah umno juga,rumah orang pas langsung tak masuk,buat membazir duit ngan air liur je kata mereka.

Datang lah seribu panglima sekali pun aku yakin orang Manik Urai bijak memilih mana pemimpin yang benar-benar ikhlas mana yang berpura-pura.Mana pemimpin yang selalu bersama dengan rakyat merasai jerit perih,rakyat dengan pemimpin yang hanya datang menabur janji masa pilihanraya saja.Lepas pilihanraya mereka sibuk bersenang lenang di rumah mewah masing-masing.

"Bagi kain pakai,bagi gula kacau,bagi duit ambik,masa undi pangkah bulan(Tokguru)"
-ijoks2009-

Ketua Menteri Sarawak Miliki deretan Rolls Royce



Ahli Parlimen Machang Saifuddin Nasution membangkit persoalan kereta kerajaan Perak dan Selangor yang ditohmah oleh kerajaan BN sedangkan pemimpin mereka yang terlibat memiliki kenderaan mewah.

Berikut adalah sesi soal jawab di Dewan Rakyat 25 Feb.lalu:

:Terima kasih Batu Pahat. Batu Pahat berulang kali sebut berkenaan Camry serta Selangor dan juga Perak. Gegak gempitalah seolah-olah itu benda yang cukup besarlah.

Apa pandangan Yang Berhormat Batu Pahat kalau saya katakan bahawa Kerajaan Barisan Nasional di Sarawak, Ketua Menterinya deretan Rolls Royce, Timbalan Ketua Menterinya dua orang, kereta rasminya BMW 7 Series. Ex Officio, Pegawai Undang-undang, Pegawai Kewangan, Setiausaha Kerajaan Negeri pula Kompresor, Menteri pula Mercedes.

Siapa yang pakai Camry JUSA A, B, C? JUSA sahaja. Jadi saya percaya Yang Berhormat Batu Pahat tidak akan hilang dari sudut sentimen ini bahawa dia boleh bersetuju hal yang berlaku di Sarawak itu tidak patut berlaku.

Rolls Royce ini Ketua Menteri yang ini Menteri Besar ini cuma Camry sahaja. Ketua Cawangan UMNO sahaja pakai sebenarnya tetapi soal rasuah ini, soal rasuah Yang Berhormat Batu Pahat.
Apakah Yang Berhormat Batu Pahat boleh, apakah pandangan Yang Berhormat Batu Pahat maksud saya ya, bahawa soal rasuah ini saya bersependapat dengan Yang Berhormat Batu Pahat.

Ini adalah bahawa jika sekiranya amalan pemberian ataupun perolehan kerajaan dapat mematuhi pekeliling kerajaan sendiri berkenaan dengan syarat rundingan terus ini.
(gambar-gambar yang di paparkan disini sekadar hiasan)

-ijoks2009-

Perisik Rakyat®: Manek Urai: UMNgOk Buktikan Slogan 1Malaysia"..!

Perisik Rakyat®: Manek Urai: UMNgOk Buktikan Slogan 1Malaysia"..!

Fakta yang di Sembunyikan oleh Kera-jaan BN



1- Di perairan Kelantan terdapat simpanan GAS ASLI sebanyak 13 trillion kaki persegi yang sudah sedia untuk diterokai. (13,000,000, 000,000).

2- Petronas memegang 50% saham di dalam syarikat tersebut menerusi Petronas Carigali Sdn Bhd dan 50% lagi dipegang oleh Aremada Hess Inc.

3- Petronas mengesahkan bahawa operasi GAS ASLI di BLOK A 18 sudah bermula menerusi Syarikat Carigali HESS.

4- Sekarang ini, operasinya mengeluarkan 6,000 tong GAS ASLI sehari.

5- Jarak Blok A18 adalah lebih dekat ke Kota Bharu daripada di hantar ke Kerteh dan Songkla.

6- Kerajaan BN bagaimanapun memilih pendaratan GAS ASLI itu dibuat di Songkla walaupun kosnya lebih tinggi akibat jarak yang jauh itu.

7- Kerajaan Kelantan pimpinan PAS telah meluluskan pembinaan Terminal Pendaratan Gas Asli dan juga Supply Base untuk Petroleum.

8- Petronas sepatutnya membayar rakyat Kelantan royalti yang bernilai RM512,000.00 (RM512 ribu) sehari dan ini bererti Kerajaan Kelantan seharusnya mendapat pendapatan tambahan dari royalti GAS ASLI yang bernilai RM186,880,000 (RM186 juta) setahun.

Menerusi hasil terbaharu ini, Kelantan sudah berjanji untuk memberi subsidi gas memasak sebanyak RM3.00 se tong bagi rakyat Kelantan..
Kelantan juga akan menggunakan hasil pendapatan baru itu untuk tujuan kebajikan dan mempertingkatkan taraf hidup rakyat miskin.

Thursday, 9 July 2009

Kelantan Berhak dapat royalti Minyak

Pada 16 Mac 2009, sebuah seminar berhubung KDNK mengikut Negeri telah diadakan di Unit Perancang Ekonomi Negeri, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.

Menerusi bahan-bahan yang dibentangkan satu penemuan menarik telah mengesahkan segala yang sebelum ini sering cuba disembunyikan oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Di dalam seminar tersebut, Economic Planning Unit (EPU), Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Statistik Negara memaklumkan angka baru sektor perlombongan di Negeri Kelantan. Ianya sangat signifikan iaitu RM2,615 juta bagi tahun 2006 dan RM2,721 juta bagi tahun 2005. Bagi memudahkan kita, elok sahaja angka itu dibaca sebagai RM2.6 Billion dan RM2.7 Billion. Pada kebiasaannya sumbangan sektor perlombongan kepada KDNK Negeri Kelantan hanyalah 1.5% sahaja iaitu didalam lingkungan RM70 ke RM100 juta sahaja.

Wakil Jabatan Statistik Negara memaklumkan bahawa kesahihan data tersebut adalah berpunca daripada PETRONAS. Didalam erti kata lain, apa yang difahami dari seminar sehari tersebut ialah Petroleum dan Gas Asli telah mula menyumbangkan kepada KDNK Negeri Kelantan dari tahun 2005 lagi.

Pada 9 Mei 1975, Kerajaan Negeri Kelantan telah menandatangani Perjanjian di bawah akta 144 Petroleum Development Act 1974. Perjanjian tersebut yang kebelakangan ini cuba pula dinafikan oleh beberapa pemimpin BN termasuk tokoh BN Kelantan bertajuk, "Grants of Rights, Powers, Liberties and Privileges in respect of Petroleum".
Oleh yang demikian, sekiranya royalti Petroleum dan Gas Asli dibayar kepada Kelantan berdasarkan data EPU Jabatan Perdana Menteri mengikut akta dan perjanjian yang ditandatangi maka Kelantan berhak mendapat royalti 5% daripada hasil pengeluaran.

Oleh yang demikian, royalti yang harus dibayar secara tunai kepada negeri Kelantan pada tahun 2005 ialah sejumlah RM131 juta. Bagi tahun 2006 pula ialah RM136 juta. Data Rasmi bagi tahun-tahun seterusnya belum dikeluarkan. Bagaimanapun, berdasarkan maklumat daripada kenyataan Media PETRONAS, SHELL, CS MUTIARA dan AREMADA HESS menyakinkan bahawa aktiviti carigali dan penggerudian Gas Asli di beberapa blok berhampiran Perairan Kelantan sedang bertambah aktif, bererti jumlah hasil semakin meningkat setiap tahun.

Pada 2004, statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan Kelantan diletakkan bersama Sabah dan Terengganu sebagai penyumbang sebanyak 62.5% hasil galian Petroleum di Malaysia.

Ketiga-tiga negeri ini menghasilkan keluaran kasar sebanyak RM46,810,935 ribu (atau RM46 Billion). Sila rujuk buku mukasurat 187, Jadual 5.3 buku jabatan Perangkaan Malaysia bagi tahun 2004.
-Topeng Perak-

Kelebihan Solat dlm kajian sains


Kebaikan solat Mengikut kajian sains seperti kajian oleh beberapa orang penyarah Fakulti Kejuruteraan Biomedikal UM.

Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan. Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

“Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya. Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh. Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.

Ng Siew Chok-Isyarat Otak :

Beliau berkata perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom yang membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan di pada kulit kepala. Sejenis alat iaitu EEG (electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.'Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang', katanya. Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

Tomakninah

Ketika itu katanya isyarat Alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang. Siew Chok juga berkata solat memperkuatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak. Sehubungan itu juga katanya, solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti seharian.

Dr Fatimah Ibrahim

Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

“Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

“Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

“Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,” katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

“Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.

Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

“Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.-ijoks2009-

“Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung. Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.

Friday, July 3, 2009

Kisah Tukang Gunting.

ADA SEORANG LELAKI PERGI KE KEDAI GUNTING RAMBUT UTK MENGGUNTING RAMBUT DAN JANGGUTNYA. APABILA BARBER ITU MEMULAKAN TUGASNYA, MEREKA PUN BERBORAK DAN BERCAKAP MENGENAI BYK PERKARA.TAPI BILA MEREKA MULA BERBICARA MENGENAI ALLAH,BARBER ITU PUN BERKATA,'' SAYA TAK PERCAYA ALLAH ITU WUJUD.''''KENAPA KAMU KATA BEGITU?'' TANYA SILELAKI TADI'' CUBA KAMU KELUAR DI TGH JLN ITU DAN TUNJUKKAN PD SAYA BAHAWA ALLAH ITU WUJUD. KALAU BETUL ALLAH WUJUD,KENAPA RAMAI SGT ORG SAKIT KAT LUAR TU? KENAPA MASIH ADA KANAK2 YG TERBIAR? KALAU BETUL ALLAH WUJUD,DAH TENTU TIADA KESAKITAN DAN KEPERITAN HIDUP DLM DUNIA NI. SAYA X DPT BAYANGKAN ALLAH YG MAHA PENYAYANG BOLEH MEMBENARKAN SEMUAINIBERLAKU''.
SI LELAKI ITU PUN BERFIKIR SEJENAK. TAPI DIA TIDAK MEMBERI SEBARANG JAWAPAN KERANA TIDAK MAHU MEMULAKAN PERTENGKARAN. SELEPAS BARBER ITU MENGHABISKAN TUGASNYA, SI LELAKI TADI PUN PERGI.SELEPAS BEBERAPA LANGKAH,SI LELAKI TADI TERNAMPAK SEORG LELAKI BERAMBUT PANJANG,SELEKEH,KOTOR DAN JANGGUT TIDAK TERURUS. SI LELAKI TADI PUN BERPATAH BALIK DAN PERGI SEMULA KE KEDAI GUNTING RAMBUT TADI DAN BERKATA,'' KAMU TAHU TAK YG SEBENARNYE BARBER JGK TIDAK WUJUD?''''KENAPA KAMU KATA MCM TU? SEDANGKAN SAYA BARU SAJE GUNTING RAMBUT KAMU TADI''.KATA BARBER.''TIDAK!'' KATA SI LELAKI TADI.''KALAU BARBER WUJUD, DAH TENTU TIDAK ADA ORG YG BERAMBUT PANJANG TIDAK TERURUS DAN KOTOR SERTA JANGGUT YG PANJANG DAN KOTOR MCM LELAKI DI TEPI JALAN ITU''.''AH! BARBER MMG WUJUD! LELAKI TU JADI MCM TU SBB DIA TIDAK DTG PADA SAYA UTK MENGGUNTING RAMBUTNYE!''.KATA BARBER.''TEPAT SEKALI!''. KATA SI LELAKI TADI.''THAT'S THE POINT!. ALLAH JGK WUJUD. ITULAH YG TERJADI (KEPERITAN&PENDERITAAN) JIKA MANUSIA TIDAK MENGINGATINYA DAN KEMBALI PADANYA UTKMEMOHONPERTOLONGAN.''

Cintamu Dihati.

Namun akhirnya dia pergi tanpa sebarang berita dan membiarkan cinta itu terlerai begitu saja.

Walaupun aku akui, jauh di sudut hati masih ada rindu sayang untukmu, namun tidak semudah itu aku melupakan apa yang telah terjadi.

Mengapa masih ada pertemuan antara aku dan dia? Mengapa dia muncul di saat aku hampir melupakannya?

Setiap kali aku cuba pejamkan mata, wajah lelaki berkaca mata itu muncul di segenap ruang. Lesung pipit yang melekuk di kedua-dua pipinya setiap kali dia tersenyum membuakan rinduku kembali bertandang.........
Dipetik dari Novel Cintamu Di Hati.....

Thursday, July 2, 2009

Adab-Adab Hari Jumaat


Ketahuilah olehmu bahawa hari jumaat itu adalah Hari Raya bagi orang Islam. Iaitu hari yg mulia yg telah di khususkan oleh ALLAH S.W.T kpd umatnya Muhammad S.A.W. Dan pada hari itu ada satu saat yg mustajab doa. Tiada membetuli akan saat itu oleh seseoreng yg mukmin dgn doanya kecuali Allah akan memberi apa saja yg ia minta. Maka bersiaplah engkau menghadapi hari jumaat itu mulai dari petang hari khamis lg. Maka hendaklah engkau membersihkan pakaianmu dan memperbanyak mengucap tasbih dan istighfar mulai drpd petang hari khamis kerana masa itu sudah menyamai kelebihan hari jumaat. Dan berniatlah engkau untuk berpuasa pada hari jumaat tetapi hendaklah puasa itu engkau sertakan dgn puasa hari khamis atau puasa hari sabtu kerana ada larangan bagi mengkhususkan berpuasa pada hari jumaat sahaja.
Apabila engkau berada di pagi hari jumaat maka hendaklah engkau mandi kerana mandi jumaat itu adalah satu kepastian(hukumnya sunat muakkad) atas setiap org yg baligh dan bersungguh-sungguhlah engkau di dalam menyucikan badanmu dgn mencukur(bulu ari2 misalnya) dan mengandam(misai masalnya) dan memotong kuku dan mengunakan sugi(kayu miswak) dan segala cara-cara bersuci. Kemudian ambillah perhiasanmu dgn pakaian yg putih, kerana itu lebih disukai di sisi Allah dan pakailah minyak wangi sebaik-baik minyak wangi enkau miliki. Setelah itu bersegeralah kamu pergi ke masjid dan berjalanlah dgn perlahan-lahan dan dgn penih ketenangan.

Adab-Adab Mandi.


Apabila engkau junub,sama ada kerana bermimpi atau jimak maka bawalah sebekas air ke bilik mandie dan mulakan dengan basuhan kedua tanganmu tiga kali dan tanggalkan segala kekotoran drpd badanmu kemudian hendaklah engkau berwudhuk seperti wudhuk y g enkau buat untk sembahyang berserta dgn segala doa-doanya dan kemudiankan membasuh kedua kaki mu supaya air tidak jadi sia2.
Apabila enkau sudah selesai drpd berwudhuk maka tuangkanlah air ke atas kepalamu tiga kali dan engkau berniat mengangkatkan(menghilangkan) hadas junub kemudian tuangkanlah air ke sebelah badan mu yg kanan dan diikuti dgn sebelah kiri dan gosoklah bahagian hadapan dan belakang drpd badanmu dan selat selati rambut di kepala dan juga janggutmu dan sampaikan air ke tempat2 yg berlipat-lipat drpd badanmu dan tempat tumbuh rambut,baik yg nipis mahupun yg tebal dan jgn sesekali engkau menyentuh kemaluanmu selepas berwudhuk tadi dan jika tersentuh ulangi wudhukmu sekali lagi.
Dan perkara2 yg wajib dalam mandi ialah:
1.niat
2.menghilangkan najis dari badan
3.meratakan air ke seluruh anggota badan
Dan perkara2 yg wajib dlm wudhuk ialah:
1.niat
2.membasuh muka sekali
3.membasuh kedua tgn sampai ke dua siku juga sekali
4.menyapu sebahagian drpd kepala sekali
5.membasuh kedua kaki sampai ke buku lali sekali
6.tertib
Dan yg lain drpd itu hukumnya sunat muakkad dan kelebihannya sangat banyak,pahalanya sangat besar dan org yg tidak mengambil berat dgn yg sunat ini adalh rugi bahkan boleh membawa yg wajib kpd bahaya,kerana perkara2 yg sunat merupakan penampung kpd kekurangan yg ada pada yg wajib......sekiannn.........