
Ketahuilah olehmu bahawa hari jumaat itu adalah Hari Raya bagi orang Islam. Iaitu hari yg mulia yg telah di khususkan oleh ALLAH S.W.T kpd umatnya Muhammad S.A.W. Dan pada hari itu ada satu saat yg mustajab doa. Tiada membetuli akan saat itu oleh seseoreng yg mukmin dgn doanya kecuali Allah akan memberi apa saja yg ia minta. Maka bersiaplah engkau menghadapi hari jumaat itu mulai dari petang hari khamis lg. Maka hendaklah engkau membersihkan pakaianmu dan memperbanyak mengucap tasbih dan istighfar mulai drpd petang hari khamis kerana masa itu sudah menyamai kelebihan hari jumaat. Dan berniatlah engkau untuk berpuasa pada hari jumaat tetapi hendaklah puasa itu engkau sertakan dgn puasa hari khamis atau puasa hari sabtu kerana ada larangan bagi mengkhususkan berpuasa pada hari jumaat sahaja.
Apabila engkau berada di pagi hari jumaat maka hendaklah engkau mandi kerana mandi jumaat itu adalah satu kepastian(hukumnya sunat muakkad) atas setiap org yg baligh dan bersungguh-sungguhlah engkau di dalam menyucikan badanmu dgn mencukur(bulu ari2 misalnya) dan mengandam(misai masalnya) dan memotong kuku dan mengunakan sugi(kayu miswak) dan segala cara-cara bersuci. Kemudian ambillah perhiasanmu dgn pakaian yg putih, kerana itu lebih disukai di sisi Allah dan pakailah minyak wangi sebaik-baik minyak wangi enkau miliki. Setelah itu bersegeralah kamu pergi ke masjid dan berjalanlah dgn perlahan-lahan dan dgn penih ketenangan.



No comments:
Post a Comment