Debat Husyam VS Dato' Pa di Manik Urai


Selepas tokguru ,kini giliran Husyam pula mencabar dato,Mustafa mohammad untuk berdebat mengenai isu royaliti minyak di Kelantan.Husyam mencadangkan debat itu di adakan di Manik Urai biar pengundi menilai sendiri hujah dari kedua-dua belah pihak.
Kenyataan Dato'Husyam tersebut di nyatakan kepada pemberita selepas program Cakna keluarga di manik Urai petang semalam.
"Setakat yang kita dapati hujah undang-undang dan dokumen menyebelahi Kelantan.
"Sebab itulah kita cadangkan diadakan satu forum (debat) di Manek Urai, di mana Dato' Mustapa Mohamed mewakili kerajaan Malaysia dan Petronas dan saya mewakili kerajaan Kelantan,"
Husam juga berkata, pada 3 Ogos depan beliau akan menganjurkan lawatan bersama anggota parlimen Pakatan Rakyat meninjau kawasan pelantar Cekerawala.
"kita telah menempah bot laut dalam yang boleh memuatkan ramai penumpang dan ramai anggota parlimen Pakatan Rakyat akan dijemput."
"Saya juga hendak jemput Mustapa dan Khairy Jamaluddin bersama dalam tinjauan tersebut . Jadi kalau mereka bersungguh-sungguh hendak bersatu hendaklah mereka membayar royalti kepada kerajaan Kelantan.
"Ada masa lima enam jam di atas kapal itu kita boleh bincang masalah tersebut," katanya.
Beliau berkata, biar pun diminta Petronas menjawab tetapi beliau yakin kerajaan masih lagi mempunyai kuasa politik untuk mempengaruhi Petronas memberi jawapan politik.
"Jadi kita berharap Petronas tidak memberi jawapan politik dan memberi jawapan yang berasaskan undang-undang dan keadilan.
"Jadi tekanan politik adalah mustahak biar rakyat tahu dengan maklumat-maklumat dan mereka tidak boleh lagi menyembunyikan hak rakyat Kelantan," katanya.
Surat kepada Perdana Menteri bagi menuntut royalti dihantar sebulan lalu dan tiga bulan lepas Menteri Besar juga menghantar surat kepada Tan Sri Hassan Merican bagi mencadangkan pendaratan gas dari PM301 ke Bachok.
petikan dari:harakahdaily.net



No comments:
Post a Comment