Friday, July 31, 2009

Penghinaan Terhadap Islam Sudah Melampau !!!


Lego dari Denmark







Tatoo Ayat Qursi
Perhimpunan aman 1 Ogos
Perhimpunan aman 1ogos sepatutnya menjadi perhimpunan yang benar-benar aman jika tak ada pihak yang memulakan provokasi dan tak makan provok.Perlu di ingatkan Umno dan BN sentiasa mempunyai pelbagai tipu helah untuk memburukkan pakatan rakyat.

Peserta perhimpunan nanti mesti lebih hati-hati ,jangan sampai ada pihak-pihak yang menyelinap masuk,menyamar sebagai penyokong pakatan untuk membuat kacau seperti yang pernah berlaku pada perhimpunan Hindraf dulu.Semasa perhimpunan hindraf ada maklumat mengatakan samseng2 upahan MIC telah menyelinap masuk dalam kumpulan hindraf semasa perhimpunan aman itu kemudian memulakan kekacauan untuk memburukan nama pertubuhan tersebut.

Penyakong pakatan rakyat yang bakal menyertai perhimpunan amam 1 Ogos nanti perlu mengikut arahan pimpinan dan jika ada ahli-perhimpunan yang kelihatan mencurigakan dan tidak mengikut arahan pimpinan mesti di awasi.

Sediakan baju hujan,air mineral,tuala basah dan kalau boleh google penutup mata,
Untuk keselamatan diri jika berlaku sesuatu di luar jangkaan.hehehe..
Yang paling penting jangan memulakan provokasi,jangan makan provokasi.
-ijoks2009-

Saturday, July 25, 2009

Nizar Nafi Hadiri Upacara Nyalakan lilin



IPOH 23 Julai - Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menafikan beliau menghadiri upacara menyalakan lilin bagi memperingati Teoh Beng Hock di sini pada Jumaat lalu dan mendakwa Utusan Malaysia menyiarkan laporan yang salah.

Sebaliknya, bekas Menteri Besar Perak itu menegaskan, beliau hanya menghadiri sidang akhbar mengenai majlis menyalakan lilin anjuran DAP.

Ekoran itu, katanya, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib memberikan komen atas laporan berita yang salah.

''Dia (Harun) baca Utusan Malaysia yang lapor tidak betul, jadi dia komen atas laporan yang salah. Dengar betul-betul, saya tidak kata dia buat komen yang salah tetapi buat komen atas laporan yang salah.

''Saya tidak hadir upacara pemasangan lilin itu tetapi saya cuma hadir sidang akhbar mengenai pemasangan lilin itu dan gambar yang disiarkan adalah semasa sidang akhbar tersebut di pejabat DAP," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohammad Nizar mengulas kenyataan Harun bahawa beliau tidak sepatutnya hadir pada majlis tersebut kerana sifatnya yang meragukan seperti laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini.

Selain kenyataan Harun, Utusan Malaysia turut menyiarkan gambar Mohammad Nizar berdiri di sebelah Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham sambil memegang lilin.

Malah kata Harun, Pas sendiri telah membuat garis panduan bahawa majlis-majlis yang meragukan tidak harus dihadiri para pemimpin serta ahli parti itu.

Pada masa sama, Harussani pula menyifatkan tindakan memegang lilin oleh masyarakat Islam sebagai tanda memprotes dan mengingati orang mati adalah haram di sisi agama kerana ia menyerupai ajaran Kristian.

Mengulas lanjut, Mohammad Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata, beliau tidak menyalahkan Harun, Zambry mahupun Harussani kerana membuat komen terhadapnya itu.

''Bukan salah Zambry, Mufti Perak, Dewan Ulama Pas dan bukan salah sesiapa pun yang membuat komen kerana Utusan Malaysia buat laporan fitnah.

''Saya cuma kasihan kepada mereka kerana membuat komen atas laporan berita yang tidak betul," katanya.

Mohammad Nizar berkata, pemberita yang melaporkan berita salah itu membuat fitnah besar dan beliau akan menuntutnya semasa di akhirat.
Sumber:http://tikedah7980.blogspot.com

Monday, July 20, 2009

Peringatan untuk diri sendiri dan sahabat

Sesiapa yang mengamalkan sunnah Nabi di akhir zaman,dia akan di beri ganjaran pahala seolah-olah berjuang di jalan Allah dan mendapatpahala syahid.

Namun begitu kita adakah kita benar-benar mengamalkan sunnah nabi seperti sahabat-sahabat terdahulu.
Mereka semua adalah orang Islam yang benar-benar taat kepada Allah dan rasul.apa sahaja arahan dan larangan Allah dari mulut baginda rasul pasti dilaksanakan sebaik mungkin.Tidak ada bantahan walau sedikit pun dari mereka.

Oleh itu sangatlah baik jika kita sekarang yang menurut pendapat para ulama merupakan zaman akhir zaman mengamalkan salah satu dari sunnah rasul.Jika tidak dapat mengamalkan semua jangan tingalkan semua .Sekurang-kurangnya kita amalkan salah satu sunnah rasulullah dalam hidup kita.Amalan itu pula mestilah secara Istiqamah,iaitu secara berterusan bukan sekejab-sekejab.Banyak sunah rasul yang boleh kita jadikan amalan sebagai contoh membaca doa ketika bangun tidur,doa masuk tandas,doa berpakaian,doa makan dan macam2 doa lagi.

Jika rasa susah nak mengamal doa itu kita boleh memilih untuk mengamalkan sunnah penampilan sebagai ikutan.Maksud sunanah penampilan ialah sunnah berpakaian,bila sebut pakaian memgikut sunnah tak semestinya hanya pakaian jubah dan berserban saja yang di kira sunnah.Jika pakai kemeja atau tshit pun boleh juga mendapat pahala sunnah jika kita berpenampilan kemas.Ini kerana Nabi sentiasa berpenampilan kemas ketika berpakaian.

Apa yang penting intipati dari amalan rasul itu bukannya jenis pakaian.Jika kita berpakaian kemas dengan niat meniru Rasulullah dan tidak ada niat menunjuk-nunjuk, pada saya itupun dikita meniru sunah nabi juga.Kerana bukan jenis pakaian itu yang di utamakan apa yang penting cara penampilan kita mesti mengikut ajaran Rasulullah.

Itu cuma pendapat saya la..,jika salah tolong tegur.

Tahniah pada yang sudah mengamalkan sunah nabi dalam hidup mereka,tapi satu perkara lagi yang selalu di tegur oleh para ulama kita ialah cara kita mengamalkan sunah itu kebanyakan nya di ambil separuh-separuh.Maksudnya dalam masa kita mengamalkan sunnah dalam masa yang sama kita buat sesuatu yang bercanggah dengan sunah.

Ustaz Ismail kamus sesalu sebut dalam kuliahnya ada segolongan orang kita yang di gelar golongan pendakwah bebas atau Tabligh.Bila bercerita tentan mereka kita akan terbayang orang yang suka berziarah dari masjid ke masjid mengadakan usrah dan dakwah dari rumah ke rumah dan tidur dan masak di masjid.

Apa yang selalu di sentuh oleh ustaz Ismail kamus ialah cara mereka makan dalam satu talam.Cara nakan beramai-ramai macam tu memang baik,untuk mengeratkan tali persaudaraan sesama Islam tetapi apa yang perlu diperbetulkan disini ialah nasi yang di hidangkan dalam talam tu banyak sangat.Akhirnya jadi makan banyak.sedangkan nabi sendiri tidak pernah makan banyak.Baginda tak pernah kekenyangan selama tiga hari berturut-turut.

Begitu juga dengan lelaki yang suka berkahwin bayak ,konon nya mengikut sunnah nabi tetapi dalam hubungan dengan keluarga dan cara layanan mereka kepada Isteri tidak pula mengikut sunnah.Inilah yang ulama tegur supaya mengikut sunnah biarlah secara sempurna bukan separauh-separuh.Akibatnya Islam yang mendapat nama buruk ,kerana orang bukan Islam selalunya menilai Islam melalui akhlak dan perlakuan orang Islam.
-ijoks2009-
Sama-sama kita berhati-hati dalam perlakuan dan amalkanlah sunah secara sempurna.
wasalam..

Friday, July 17, 2009

PERTEMUAN MENARIK MENGENAI BABI"

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."

Hal ini penting untuk diketahui, terutama oleh pemuda-pemuda kita yang sering pergi ke negara-negara Eropah dan Amerika di mana daging babi adalah makanan asas dalam hidangan mereka. Dalam kesempatan ini, saya fikir kembali kejadian yang berlangsung ketika Imam Muhammad Abduh mengunjungi Perancis.

Mereka bertanya kepadanya mengenai rahsia diharamkannya babi dalam Islam. Mereka bertanya kepada Imam, "Kalian (umat Islam) mengatakan bahwa babi haram,kerana ia memakan sampah yang mengandung cacing pita, mikroba-mikroba dan bakteria-bakteria lainnya. Hal itu sekarang ini sudah tidak ada.Kerana babi diternak dalam peternakan modern, dengan kebersihan terjamin, dan proses sterilisasi yang mencukupi..

Bagaimana mungkin babi-babi itu terjangkit cacing pita atau bakteria dan mikroba lainnya.? "Imam Muhammad Abduh tidak langsung menjawab pertanyaan itu, dan dengan kecerdikannya beliau meminta mereka untuk menghadirkan dua ekor ayam jantan beserta satu ayam betina, dan dua ekor babi jantan beserta satu babi betina mengetahui hal itu, mereka bertanya, " Untuk apa semua ini?" Beliau menjawab, " Penuhi apa yang saya pinta, maka akan saya perlihatkan suatu rahsia.

" Mereka memenuhi apa yang beliau pinta.. Kemudian beliau memerintahkan agar melepas dua ekor ayam jantan bersama satu ekor ayam betina dalam satu kandang. Kedua ayam jantan itu berkelahi dan saling membunuh, untuk mendapatkan ayam betina bagi dirinya sendiri, hingga salah satu dari keduanya hampir tewas. Beliau lalu memerintahkan agar mengurung kedua ayam tersebut.

Kemudian beliau memerintahkan mereka untuk melepas dua ekor babi jantan bersama dengan satu babi betina. Kali ini mereka menyaksikan keanehan. Babi jantan yang satu membantu temannya sesama jantan untuk melaksanakan hajat seksualnnya, tanpa rasa cemburu, tanpa harga diri atau keinginan untuk menjaga babi betina dari temannya.

Selanjutnya beliau berkata, "Saudara-saudara, daging babi membunuh ghirah' orang yang memakannya. Itulah yang terjadi pada kalian. Seorang lelaki dari kalian melihat isterinya bersama lelaki lain, dan membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan seorang bapak di antara kalian melihat anak perempuannya bersama lelaki asing, dan kalian membiarkannya tanpa rasa cemburu, dan was-was, kerana daging babi itu menularkan sifat-sifatnya pada orang yang memakannya
(bersifat kebabian tuh... ishh)

Membaca Ayat 1000 dinar Di Tengah Malam

Membaca 1000 Ayat Di Tengah Malam Daripada Abdullah bin Amr bin Ash r.a., daripada Rasulullah s.a.w. bahawasanya beliau bersabda, "Sesiapa yang solat dengan membaca sepuluh ayat, maka ia tidak akan dicatat dalam golongan orang-orang yang lalai. Dan sesiapa yang solat dengan membaca seratus ayat, maka dia akan dicatat dalam golongan orang-orang yang taat. Dan sesiapa yang (membaca) seribu ayat, maka dicatat dalam golongan orang-orang mendapat satu qinthar"

(Riwayat Abu Daud, Baihaqi, Ibn Hibban dan Ibnu Khuzaimah)

Penjelasan "Satu qinthar" :
Daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Satu Qinthar dalah 12,000 uqiyah. Tiap-tiap satu uqiyah adalah lebih baik dari segala yang ada antara langit dan bumi."

(Riwayat Ibnu Hibban di dalam sahihnya. Menurut keterangan Maulana Muhammad Yussof Al-Kandhalawi, isnad hadith ini hassan.)

KISAH MUSLIMAH MARWA SHERBINI DIBUNUH DI GERMANY

Petikan diambil dari laman ustaz Zaharuddin.

Sibuk benar pihak media satu dunia meraih keuntungan di atas kematian Micheal Jackson (MJ). Manakan tidak, majlis peringatan MJ di Los Angeles baru-baru sahaja telah menarik minat dan tontonan oleh lebih 2 billion manusia. Rancangan tersebut turut mendapat pehratian jutaan umat Islam yang masih lagi mencari-cari tanda keislaman MJ di majlis tersebut, namun rasanya mereka hampa, tiada sebarang ciri Islam di majlis tersebut walau satu peratus.

Berita kematian MJ berterusan mendapat liputan media, amat meluas dan masih mempunyai magnet untuk menarik pembaca dan peminatnya di serata dunia. Media seperti biasa, berlumba-lumba mencari keuntungan dari kematian dan kehidupan seseorang. Kini, wujud berita baru hasil pendedahan kakaknya yang menyatakan MJ dibunuh melalui satu konspirasi individu di sekelilingnya.
Pada masa yang sama, saya lebih amat tersentak lagi marah dengan pembunuhan Dr Marwa el-Sherbini. Si pembunuh manusia celaka bernama Alex W, penganggur dan penyokong parti pro Nazi German, dia yang berasal dari Russia sebelum itu didapati bersalah mengucapkan kata-kata kurang sopan serta maki hamun kepada Dr Marwa di khalayak ramai pada bulan November yang lalu. Si celaka menjerit melolong kepada Marwa, melaungkan kata "terrorist" dan "Islamist whore" sewaktu berada di Dresden park. Ketika itu, Marwa meminta izin untuk meletakkan anaknya di buaian di taman berkenaan, tetapi si celaka tersebut tidak membenarkan, lalu pertengkaran terjadi.

Si celaka itu diheret oleh Marwa ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman Euro 780. Namun si celaka ini membuat rayuan yang menyebabkan ia bertemu wajah sekali lagi dengan Marwa di mahkamah. Dengan pisau di tangannya si celaka ini menyerbu Marwa yang sedang mengandung tiga bulan lalu menikamnya sebanyak 18 kali di dalam mahkamah di hadapan hakim!.Peristiwa ini berlaku pada 1 Julai 2009 yang llau.

Satu susana yang tidak masuk dek aqal, bagaimana boleh si celaka ini membawa pisau di dalam sebuah mahkamah? Dan bagaimana ia boleh menikam sebanyak 18 kali tanpa gangguan segera dari pengawal dan orang sekelilingnya. Suami Marwa tangkas menerpa untuk membantu namun rupanya mereka terlupa sedang berada di ‘medan perang'. Suaminya ditembak oleh pihak polis semasa ingin membantu isterinya, sedangkan si celaka pembunuh dibiar hidup. Polis menggunakan alas an murahan apabila berkata ‘tersilap sangka', mereka sangkakan suaminya adalah pembunuh. Syeikh al-Azhar Syeikh Muhammad Tantawy mendesak pihak Germany untuk mengenakan tindakan berat kepada si pembunuh. Namun sejauh manakah seriusnya mahkamah akan bertindak terhadap si pembunuh, tidak dapat dipastikan?

Adalah wajar jika dapat pelajar Islam di Germany bergabung tenaga dengan umat Islam di tempat masing-masing menghantar memorandum mendesak tindakan keras ke atas si pembunuh.!

Malangnya, berita ini langusng tidak dihebahkan dan disneypakan dari media barat khususnya. BBC senyap sunyi, sedangkan berita mahkamah Dubai yang menjatuhakn hukuman kepada dua warga British yang mengadakan hubungan seks terbuka di pantai Dubai, dihebohkan, mahkamah dubai dikritik seolah melakukan satu tindakan jahat.

Namun, kisah wanita Islam yang mengandung di tikam di dalam sebuah mahkamah di hadapan hakim di sebuah Negara yang membangun kononnya tidak langsung diambil endah. Teringat saya kepada pengalaman bertamu di beberapa daerah di Germany, tidak disangka begitu hodoh wajah sebenar negara tersebut, lebih khusus sebenarnya kepada bangsa Rusia, yang mana warga Rusia sememangnya terkenal sebagai amat bersifat perkauman lagi berjiwa ganas dengan selainnya. Kepada para pelajar Malaysia di Germany dan Russia, jagalah diri anda sebaik-baiknya.

Bila Paderi Dedah Rahsia

Assalamualaikum dan salam sejahtera…
” LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN“
Hayati kandungannya

Bismillahirrahmanir rahim.

Artikel ni agak panjang, tapi banyak pengetahuan dan manfaat untuk kita, insya Allah… Bila Paderi Terpaksa Buka Rahsia Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya.

Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika , dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani.. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan- jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka..

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, ” Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.” Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, “Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. ” Barulah pemuda ini beranjak keluar.


Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, “Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?” Paderi itu menjawab, “Dari tanda yang terdapat di wajahmu.” Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim
itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, “Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat. ” Si pemuda tersenyum dan berkata, “Silakan!”

Sang paderi pun mulaibertanya,


“Sebutkan satu yang tiada duanya,
dua yang tiada tiganya,
tiga yang tiada empatnya,
empat yang tiada limanya,
lima yang tiada enamnya,
enam yang tiada tujuhnya,
tujuh yang tiada delapannya,
delapan yang tiada sembilannya,
sembilan yang tiada sepuluhnya,
sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh,
sebelas yang tiada dua belasnya,
dua belas yang tiada tiga belasnya,
tiga belas yang tiada empat belasnya.”

“Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh!
Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya?
Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga?
Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?
Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!”

“Siapakah yang tercipta dari api,
siapakah yang diazab dengan api dan
siapakah yang terpelihara dari api?
Siapakah yang tercip tadari batu,
siapakah yang diazab dengan batu dan
siapakah yang terpelihara dari batu?”

“Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar!
Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?”

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah. Setelah membaca “Bismillah.. .” dia berkata, -Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, ” Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).” (Al-Isra’: 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa
ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur’an.

- Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s..w.t.
berfirman, “Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu
sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.” (Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, ” Dan malaikat- malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung ‘Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.” (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu’jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim
paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s..w.t.
berfirman, “Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.” (Al-An’am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu’jizat Nabi Musa yang terdapat
dalam firman Allah, “Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, “Pukullah batu itu dengan tongkatmu.” Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.” (Al- Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf
ditambah dengan ayah dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah
waktuSubuh. Allah s.w.t.. berfirman, “Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. ” (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus
AS...

-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah
saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, “Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba
dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan
serigala.” Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, “Tak ada cercaan terhadap kamu semua.” Dan ayah mereka Ya’qub berkata, “Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku.
Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Yusuf:9

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai.
Allah s.w.t. berfirman, “Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara
keldai.” (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam,
Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim..

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api
ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, “Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim.” (Al-Anbiya’: 69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu
Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. “Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.” (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja.


Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, “Apakah kunci surga itu?”

Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti
keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan
kekuatirannya, namun tidak berhasil.

Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab
pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, “Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya
dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi *****a satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! “

Paderi tersebut berkata, “Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.”

Mereka menjawab, “Kami akan jamin keselamatan anda. “

Paderi pun berkata, “Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah , Wa
Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. “
Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk
agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.**

NOTA:

Ini merupakan sebuah artikel yang cukup bagus. Ia dapat menyedarkan kita agar membaca dan memahami isi kandungan Al-Qur’an bagi membolehkan kita menangkis tohmahan dan menjawab pertanyaan orang-orang kafir.

Saya pernah membaca dari satu buku bahawa sebenarnya paderi Kristian tahu bahawa Kunci Syurga itu adalah Dua Kalimah Syahadah. Kerana itu
(kononnya) apabila nazak seorang Kristian, maka paderi akan datang membisikkan kalimah itu ke telinganya dengan harapan dia akan mati dalam Islam. Saya tidak pasti sama ada dakwaan ini (membisikkan ke
telinga orang nazak) benar atau tidak. Namun saya pasti ahli kitab Kristian
tahu bahawa Kunci Syurga adalah Dua Kalimah Syahadah. *****a, mereka tidak mahu mengaku (kebenaran Islam) kerana bimbang akan kehilangan pangkat dan kedudukan duniawi.

JADIKAN IKTIBAR KEPAHITAN HIDUP NORAZWA

WALUPUN hari Isnin lalu penulis rasa badan tidak berapa sedap mungkin kerana cuaca panas atau mungkin kurang minum air, namun pertemuan dengan Norazwa petang itu memang berbaloi, kerana pengalaman hidupnya amat menarik, dan penulis kagum dengan kekerasan semangatnya, tidak tahu putus asa, malah kegagalam pertama kali dalam hidupnya membuatkan dia berjaya bangkit semula dan kini beliau berjaya dalam bidang yang diceburinya. Malah dia kini menjadi anak harapan kepada orang tuanya.


Orangnya masih muda belum pun 30 tahun, peramah, bijak, berilmu, putih merah kulitnya, lebih menarik cantik tapi masih mengekalkan budaya Melayu. Namun beliau seorang yang lembut tetapi tegas serta cekal dalam apa yang diusahakannya.

Walaupun usianya masih muda, tetapi pengalaman yang dilaluinya membuatkan dia seorang yang matang dalam hidup dan beliau tidak menjadikan kegagalannya yang pertama sebagai penamat hidup dan masa depannya. Malah dari situ dia bangkit semula untuk hidup. Lebih menarik beliau tersedar di atas kesilapannya ketika dia masih muda lagi, masih belasan tahun.

Setelah berbual seketika sambil memperkenalkan diri masing-masing, penulis memberi peluang kepada Norazwa untuk menceritakan kehidupannya, walaupun beliau telah menghantar e-mel tentang ceritanya kepada penulis terlebih dahulu. Tetapi kerana begitu kagum dengan kegigihannya penulis meminta untuk bertemua, dan hajat penulis tidak dihampakan. Untuk tidak membuang masa sama-samalah kita ikuti cerita beliau di bawah ini. Kepada gadis-gadis yang pernah gagal, terlangsung atau sebagainya, ambil iktibar atas apa yang beliau lalui, semoga anda akan berjaya seperti Norazwa. Insya-Allah.





``Kisah hidup saya pada awalnya memang bahagia, boleh dikatakan keluarga bahagia, saya dididik dengan agama, khatam Al-quraan semasa tadika, bukan saya seorang, malah semua adik-beradik saya demikian, malah kalau kami hendak masuk pertandingan membaca Al-Quraan ramai yang gentar, kami pernah jadi wakil peringkat daerah dan negeri.

``Ibu saya juga mendidik saya dengan baik, pergaulan terbatas, saya bersekolah perempuan sahaja, walaupun ayah bukan orang kaya, sederhana cukup makan pakai, tetapi kami semua bahagia. Dan lebih istimewa ayah disegani di kampung kerana sering ke masjid.

``Lebih menarik lagi saya boleh memuji diri dalam pelajaran, saya tak pernah dapat nombor atas daripada angka lima setiap kali peperiksaan. Pendek kata memang ok jugaklah. Kerana itu setelah habis SPM saya terus di tawarkan menyambung belajar ke sebuah Universiti tempatan.

``Di situlah saya berkenalan dengan seorang lelaki, saya pun tak tahu mengapa saya boleh cepat percaya dengan lelaki, agaknya saya tak pernah ada teman lelaki, bila ada lelaki ajak berbual saya pun terima aja, waktu nak mengorat kita tentulah dia tunjuk baik, saya pun fikir tentulah dia baik, di situlah kesilapan besar yang telah saya lakukan.

``Tetapi dia bukanlah pelajar seperti saya cuma orang luar yang selalu nampak saya tunggu bas agaknya, terus ajak berkenalan kita pun fikir ok jugalah. Saya begitu naove tentang perangai lelaki, saya fikir tentu mereka semua berniat baik.

``Setelah beberapa bulan berkenalan, ketika saya di ambang cultureshock kerana tidak pernah ada teman lelaki dan memikirkan semua lelaki baik tanpa disedari saya telah dirogol tempatnya paling hina dia tolak saya dalam semak. Puas saya melawan, tetapi tidak berdaya, badannya dua kali ganda lebih besar dari saya. Di sinilah bermulanya titik hitam dalam hidup saya.

``Saya tak tahu apa harus saya buat, sebab saya masih belajar, kalau beri tahu pihak U tentu kena buang, malu emak bapak, nak bincang dengan kawan-kawan, mereka pun tak tahu, malah saya takut lebih teruk lagi bila mereka hebahkan satu kampus, dan melebalkan saya budak problem.

``Setelah kebuntuan fikiran, saya cari dia di rumah sewanya, minta dia bertanggungjawab atas apa yang telah dilakukan. Saya fikirkan dia tentu insaf dan mahu bertanggungjawab, tapi dengan kejamnya dia rogol saya sekali lagi. Bila melawan saya dipukul. Saya memang terkejut. Malam itu saya dikurung beberapa kali saya dirogol yang membuatkan saya begitu takut, nak minta tolong pun takut dan malu, tidak tahu apa yang patut saya lakukan lagi.

``Namun peperiksaan tetap saya lalui, semester pertama dan kedua memang saya mendapat result yang baik, semestar ketiga walaupun kejadian buruk itu telah berlaku, saya tetap mendapat dean list. Tetapi setelah saya tahu diri saya hamil, saya minta cuti semesta kerana masalah kesihatan saya rahsiakan diri saya, dan dibenarkan. Waktu itu memang badan saya kurus kering, sebab banyak masalah di minda saya dan saya tak tahu bagaimana nak selesaikan.

``Saya pujuk dia supaya bertanggungjawab dia mesti kahwin dengan saya, tetapi dia mengelak, malah mendakwa saya berbuat jahat dengan orang lain. Akhirnya dia setuju, dan saya beritahu ibu bapa saya tentang saya sudah hamil, sedang cuti semesta dan minta dinikahkan. Memanglah orang tua saya terkejut besar. Tak pernah dia termimpi anak yang dididik dengan ajaran agama, bertudung, boleh jadi seperti ini, kerana mereka yakin saya tidak ada teman lelaki dan saya memang tak tahu bersosial. Pendek kata memang anak baik-baiklah.

``Kerana sayangkan anak juga, emak ayah buatkan kenduri kecil pernikahan saya. Saudara mara memang marah kerana saya kahwin dengan lelaki biadap, pembohong dan tidak beradat, sebabnya, dia datang dengan ibu bapa dan saudara mara tipu, hantaran nikah hutang, dan begitu kurang ajar waktu dinikah. Dia menganggap dia dipaksa nikah dengan saya, kerana dia memang tidak mahu bertanggungjawab dengan apa yang telah dilakukannya.

``Seperti yang dijangka emak menangis tak berhenti-henti sehari semalam juga semasa saya nikah. Saya minta maaf dan ampun berkali-kali kepada emak, tetapi saya tahu maaf dan ampun saya tidak berjaya menyembuhkan luka yang telah saya lakukan dihatinya.

``Saya terpaksa beritahu emak saya dah hamil, dan terpaksa memujuk lelaki ini menikahi saya sebab saya takut dia tinggalkan saya dan tidak mahu bertanggungjawab atas apa yang telah dilakukannya. Dan pernikahan kami memang dalam keadaan yang amat memalukan, namun ramai saudara mara tak tahu saya sedang hamil waktu dinikahkan.

``Selepas nikah kata ayah baiklah saya keluar rumah ikutlah suami saya, kata ayah dia sudah mendidik saya dengan baik, kini tanggungjawab suami saya pula. Suami saya pula meletakkan saya di sebuah rumah flat kosong yang di sewanya. Saya tidur berlantaikan tilam saja. Di rumah itu cuma ada dapur dan periuk-periuk kecil, untuk masak nasi dan air.

``Lebih menyayat hati suami saya jarang-jarang balik ke rumah seminggu mungkin sekali dua saja, alasannya pergi kerja. Saya ditinggalkan dengan sekilo beras dan sekilo ikan bilis. Kalau balik pun dia benci lihat muka saya, walaupun saya sudah berjanji padanya untuk menjadi isteri yang soleh. Saya sanggup korbankan diri saya demi dia, tetapi setiap kali saya bercakap, saya akan ditampar. Bab tumbuk perut saya dah jadi perkara biasa padanya.

``Dia memang bencikan saya dan anak yang saya kandung. Dan dia kuncikan saya dari luar setiap kali dia keluar kerana tak benarkan saya keluar. Jadi masa yang terluang saya sentiasa bersembahyang, berzikir dan berdoa kepada Allah. Saya mohon diselamatkan dari mara bahaya. Dan saya bersyukur walaupun setiap hari makan bubur nasi ikan bilis.

``Ketika sampai waktu melahirkan seperti biasa suami tiada di rumah, saya menjerit memanggil jiran minta tolong dihantarkan ke hospital, dan mereka terpaksa pecahkan pintu bermangga untuk masuk. Syukur saya selamat melahirkan walaupun bayi saya begitu kecil.

``Dua hari lepas bersalin baru suami saya balik terus terang dia tidak mengaku bayi itu anaknya, dan mendakwa saya cuma menyusahkan hidupnya saja. Saya mendiamkan diri kerana takut dipukul. Malam itu dia pergi lagi tinggalkan saya susu bayi, botol susu dan napkin. Saya memang tak tahu macam mana nak menguruskan bayi, tapi saya nekad, saya ada Allah, keluarga suami saya pun tak pernah menjengok kerana mereka percaya saya memerangkap anaknya.

``Semasa dalam pantang dua kali saya tumpah darah, tetapi Allah tetap menyelamatkan saya, saya tak tahu apa harus saya buat, selain berzikir dan memohon kepada Allah. Itu saja. Saya serahkan nyawa saya anak-beranak kepadaNya kerana Dia lebih mengetahui.

``Satu malam ketika umur bayi dua minggu, suami saya balik, saya beritahunya saya akan menyambung pelajaran sebab saya ambil cuti semester. Sekali lagi dia mengamok, dia mendakwa saya sengaja nak membebankan hidupnya.

``Esoknya dia pulang dan beritahu saya dia nak serahkan anak saya kepada sepasang suami isteri dan sebagai ganjaran dia akan diberi sebidang tanah. Saya terkejut, untuk pertama kali saya menjerit kerana marah. Dia lagi berang kerana saya melawan lantas membuang semua pakaian saya dan halau saya keluar. Jiran membantu mengutip dan membungkus pakaian saya.

``Pada saya inilah penghujungnya. Dengan sebelah tangan mengendong bayi sebelah lagi memegang beg pakaian seberat 7 kilo saya tinggalkan flat empat tingkat itu. Berbekalkan duit RM15 saya naik teksi ke Universiti terus ke bilik kawan saya untuk bermalam sebelum mendaftar. Nasib baik anak saya tak menangis malam tu.

``Esoknya atas nasihat kawan saya hubungi ayah dan doa saya dimakbulkan, ayah datang bawa bayi saya balik kampung. Saya amat bersyukur emak dan ayah sanggup berkorban marwahnya menahan malu pada jiran-jiran kerana saya telah melahirkan anak. Dosa saya memang besar tetapi saya berjanji tidak akan melakukannya lagi.

``Untuk belajar dan ada anak bukan mudah saya terpaksa bekerja sambilan untuk dapatkan duit. Saya masih ingat pemandangan di bas station yang penuh berasap di situlah saya duduk menunggu bas ekspress sambil membaca buku, di belakang saya ada napsack berisi tin susu dan pampers di sisi. Its very hard, very sad and pathetic. Yes, I called my self pathetic at that age.

``Habis belajar saya terus cari kerja sambilan demi menghidupkan anak. Macam-macam kerja saya buat, kerana saya ada bakat tersendiri disertai usaha, tidak susah dapat kerja.

``Dalam pada itu saya pun mulalah ke mahkamah syariah untuk menuntut cerai taklik. Bukan nak kahwin lagi, tetapi nak tahu kedudukan saya mengikut hukum syarak. Saya iklankan dalam akhbar menuntut suami ke mahkamah, tapi tak dipedulikan, hampir dua tahun lamanya turun naik mahkamah dan dua kali bawa saksi berjumlah lapan orang, untuk mengesahkan saya telah berpisah dengan suami selama 6 tahun, akhirnya barulah disahkan dapat cerai taklik.

``Selepas sah bercerai rezeki saya datang mencurah-curah. Walaupun buat kerja sambilan mulanya, tetapi kini ia telah membesar. Sekarang saya ada bisnes sendiri, walaupun kecil, saya tetap bangga saya ada dua orang pekerja, kini merancang nak buat cawangan lagi insya-Allah dan saya juga bersyukur saya mampu membelikan rumah dan kereta untuk emak ayah saya. Saya bangga bekerja keras untuk kesenangan emak ayah dan anak saya.

``Pada saya kini cinta lelaki tak lagi menjadi agenda unggul dalam hidup saya. Saya percaya tak semua lelaki kejam. Sebagai contoh ayah saya tak pernah makan tengahari di kedai walaupun ada kalanya emak tak masak. Ayah sanggup balik dan masak apa yang ada. Ayah sentiasa berada di masjid sebelum azan berkumandang. Ayah akan pastikan rumah kami bersih, kami adik-beradik khatam Al-Quran setiap kali bulan ramadhan bertandang. Dan ayah tak akan berkasar dengan emak walau pun ada ketikanya dia membebel bila ada yang tak kena.

``Dosa saya tak terampun rasanya bila melihat ibu mengalirkan airmata kerana kesilapan saya yang memalukan mereka. Begitu juga ayah yang tenang mengharung cemuhan dan pandangan buruk masyarakat kerana saya. Rasanya belum puas saya berikan mereka kesenangan.

``Walaupun perniagaan saya berjalan lancar tetapi saya masih lagi melanjurkan pelajaran yang lebih tinggi distance learning program. Harapan saya agar dapat graduate pada tahun yang sama anak saya mengambil UPSR. Semoga memberi perangsang kepadanya untuk berjaya.

``Ada kalanya hati terasa sunyi. Terasa alangkah baiknya jika ada seorang suami membelai setelah teruk bekerja keras, memberi kasih dan sayang pada anak. Tapi itu hanyalah harapan. Ada hikmahnya Allah jadikan saya masih single sekarang. Walaupun ramai yang menaruh hati, saya tetap tolak dengan baik. Dalam hati saya berdetik, ' jika kamu boleh dapatkan 3 kali ganda dari jumlah kasar pendapatan saya, barulah saya akan fikirkan untuk kahwin Sebenarnya hati saya dah keras, sekeras stainless steel. Cold and hard.
``Tahun lepas ada bekas suami saya mencari saya katanya dia nak kahwin dan nak ceraikan saya, saya katakan tak payah susah-susah, saya dah lama ceraikan awak. Bila dia tanya khabar anaknya, saya katakan, dia tak ada anak, sebab dia tak mengaku itu anaknya. Tapi saya beritahu anak saya dah khatam Al-Quraan beberapa kali, johan pertandingan azan dan Al-Quraan, menitis air matanya.

Demikian cerita Norazwa pahit maung kehidupannya. Menarik dan mencabar. Norazwa nasihatkan gadis-gadis senasibnya jangan paksa lelaki untuk berkahwin, kerana ia bukan menyelesaikan masalah, sebaliknya lebih menyulitkan lagi. Kepada ibu bapa kita ambil iktibr dari kisah Norazwa bukan semua keburukan itu berlaku kerana suka ada kalanya terpaksa dan ujian dari Allah, kita terima dan bersabar, jangan buang anak kita, beri perangsang mungkin mereka boleh memperbaiki hidupnya menjadi lebih baik. Bimbing anak kita ceritakan yang biuruk dan baik supaya mereka lebih faham.

-Maimunah

Thursday, July 16, 2009

Dr.Fadhilah Kamsah menulis ¿¿..

Assalammualaikum. .....
Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen( sisa-sisa) nasik yang dia makan ...dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa,mesti ada sikit belen ... tapi taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu ...
Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan ....either belen makanan mak atau abah ... tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan... kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain ... samada kami perasan atau tidak ....so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak ...
Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri ...arwah tok perempuan kami lah sebelah abah ...mak kata,supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak...dan saya sendiri akui kesannya .....makin umur kita meningkat,hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu..
Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu..jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan,dah ada anak sendiri esok ...jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak... samalah ceritanya ..dan mak kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua,dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ...dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah,mereka- mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka ... solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib ... kalau ada lebih dari sorang anak,suruh sorang azan dan sorang Qiam ... kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat... ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang ...
Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling paling berkesan sekali ....tak caya try buat ...solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib .... dapat semua waktu lagi baik ...sangat besar 'rahsia' dan peranan dapur rupa-rupanya. ..dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.
"Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita". Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family.Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So,it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon,baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others,and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly...
Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge; you'll lose nothing. Wallahu A'lam... Terima Kasih,

Hulurkan Derma Ringankan beban


Anak comel ini ialah Mohd Arif Hadie Bin Azril Hilmi berumur 2 tahun memerlukan sumbangan anda bagi membiayai pembedahan penyakit jantung berlubang.

Bapa kepada adik Mohd Arif Hadie Bin Azril Hilmi bertugas sebagai operator di sebuah kilang Pulau Pinang,mereka boleh dihubungi di alamat


Encik Azril Hilmi Bin Abdul
No 878 Mukim 4,Permatang Pauh,
13500 Permatang Pauh,Bkt Mertajam
Pulau Pinang

No I/C : 770202-02-5603
No Tel : +6019-526 5968

Atau Ibunya

Puan Noorhasimah Bt Hashim
No Tel : +6013-464 1192


Sumbangan boleh disalurkan melalui Maybank di akaun no 107161195922 atau hadir sendiri ke alamat tersebut.

Khir digantung setahun empat Adun BN enam bulan

-harakahdaily-

SHAH ALAM, 15 Julai (Hrkh) - Dewan Negeri Selangor meluluskan usul terhadap Ketua Pembangkang, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo digantung berkhidmat sebagai Adun dan dipotong semua elaun serta kemudahan bulanan selama setahun.

Timbalan Speaker, Haniza Talha telah memaklumkan keputusan tersebut sekitar jam 3 petang selepas usul tersebut dibahaskan dan mendapat sokongan majoriti di Dewan Negeri Selangor.

Berikutan itu, 18 Adun BN yang merupakan pembangkang di Selangor diketuai Khir Toyo bertindak keluar Dewan sebagai memprotes usul meluluskan cadangan hukuman itu telah dibuat dan dipersetujui oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan (JKHK).

Jawatankuasa itu turut menggantung empat Adun BN dengan dipotong elaun dan kemudahan bulanan selama enam bulan.

Ahli Dewan tersebut; Dato' Warno Dogo (Sabak-Umno); Mohd Isa Abdu Kasim (Batang Kali-Umno); Dato' Marsum Paing (Dengkil-Umno) dan Dato' Mohamed Idris Abu Bakar (Hulu Bernam-Umno) .

Usul yang dibawa oleh Lau Weng San (Kampung Tunku-DAP) menegaskan hukuman yang dikenakan keatas lima orang Adun itu berbeza dengan hukuman yang dikenakan ke atas Adun dan Ahli Parlimen Pakatan rakyat lalu.

"Saya telah meneliti penyata Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negeri telah mengetahui bahawa Jawatankuasa telah diadakan dan satu sesi pendengaran dipanggil untuk lima orang Adun terlibat membela diri," jelasnya.

Beliau berkata, semua Adun terlibat diwakili tujuh orang peguam dan mereka telah mengemukakan bantahan dan tidak mengambil keputusan untuk membela diri.

Usul tersebut disokong oleh Ng Sue Lim (Sekinchan-DAP) yang menegaskan Speaker tidak terlibat dengan cadangan memutuskan hukuman penggantungan terhadap Khir Toyo dan empat Adun BN yang lain.

Penegasan beliau itu berikutan dakwaan Khir bahawa penggantungan perkhidmatan Adun selama setahun itu dilakukan oleh Speaker dengan niat jahat dan balas dendam.

Sementara itu, Adun (Meru-PAS), Dr Rani Osman mengingatkan Khir supaya jangan bersikap mendabik dada dengan menganggap kekayaan yang diperolehi adalah hasil titik peluhnya.

Dengan kekayaan itu katanya, Khir boleh melakukan apa saja tindakan dan lebih parah menggunakan kuasa untuk menindas golongan bawahan tanpa mengira orang Islam atau bukan Islam.

Beliau berkata demikian ekoran kenyataan Khir yang mendabik dada kewajarannya untuk tinggal di rumah besar kerana sebagai bekas Menteri Besar dan tidak sesuai tinggal di rumah pondok.

Menurut beliau, pondok itulah yang telah mengeluarkan ramai para ulama, pencinta negara dan pejuang yang telah mengorbankan jiwa mereka untuk tanah air.

Beliau turut menyelar sikap Khir yang melemparkan fitnah bahawa kerajaan Pakatan Rakyat banyak berbohong dengan rakyat dalam melaksanakan pentabdiran.

"Saya hendak tanya adakah Sungai Panjang mengetahui bahawa rakyat hari ini masih rakyat yang lama, yang tidak tahu ICT, rakyat hari ini telah berubah," tegasnya.

Bagi Shaari Sungib (Hulu Kelang-PAS) mengingatkan Khir Toyo supaya segera bertaubat kerana enggan menjadi saksi telah mengakibatan dosa besar.

Ini kerana katanya, wakil rakyat merupakan pembela hak rakyat dan menjadi saksi utama adalah fardhu ain yang sangat dituntut dalam agama Islam.

Ekoran tindakan Khir yang keluar dewan beliau menegaskan, itu membuktikan kegagalan BN mendukung prinsip Islam telah terdedah di sidang Dewan Negeri.

Menurut beliau, apabila seseorang itu enggan menjadi saksi satu penyakit lain telah timbul iaitu beliau cuba memutar belit dengan membawa keterangan yang tidak sewajarnya.

"Kita telah menyaksikan beliau (Khir) memutarbelitkan fakta walaupun beliau telah diberi peluang seluas-luasnya dengan notis pemberitahuan peguam tetapi beliau enggan datang dalam siasatan Selcat," tegasnya.

Beliau mengingatkan Khir bahawa tindakannya itu bukan saja telah melakukan penghinaan terhadap Dewan tetapi telah melakukan dosa kepada Allah kerana enggan menjadi saksi dan memutarbelitkan fakta dan berbohong.

"Saya seru beliau bertaubat dan memperbaiki diri," katanya.

Menurut beliau, 18 wakil rakyat BN yang turut keluar dewan membuktikan bahawa mereka bukan saja tidak bersedia untuk mempertahankan hak rakyat tetapi curang dan cuai terhadap rakyat.

Saya nAnti Rasuah


-Islam dan Politik-

Allah SWT mewajibkan umat Islam melaksanakan Islam sepenuhnya,bukan buat apa yang kita suka mengikut kehendak hati.Hanya dengan melaksanakan sistem Islam yang sempurna baru lah keadilan akan terlaksana dan kebenaran akan terbukti.

"Wahai mereka yang beriman,masuklah untuk melaksanakan Islam sepenuhnya,dan janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan.Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagimu."Al-Baqarah ayat 208

Imam Ibn Kathir berkata "Dalam ayat ini Allah memerintahkan hambaNya yang beriman melaksanakan semua syariat Islam dan meninggalkan semua larangannya dengan sedaya upaya."Ini semua tak akan dapat dilaksanakan tanpa kuasa politik.Oleh kerana itu Rasulullah SAW sendiri menegakkan dan memimpin negara Islam pertama di Madinah.

Takrif negara Islam ialah sebuah negara yang berdaulat yang melaksanakan peraturan dan hukum-hukum Islam secara menyeluruh bukan separuh-separuh berpandukan Al-quran dan hadis.Hukum menegakkan nya adalah wajib.

Dalam sebuah negara,pemimpim adalah orang yang terpenting kerana dialah yang akan menjadi ikutan.Jika sifat berhati-hati di tuntut ketika memilih pasangan hidup ,lebih-lebih lagilah dalam pemilihan pemimpin.

"Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu supaya memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya,dan menyuruh kamu apabila menetapkan hukum diantara manusia,kamu menetapkannya dengan adil.Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."An-Nisa ayat 58

Ini merupakan dalil bahawa pemimpin mestilah dipilih dari golongan yang adil,golongan yang rasuah,fasik dan zalim tidak layak dipilih sebagai pemimpin.

Kita semua tahu Suami adalah pemimpin bagi isterinya,Ayah adalah pemimpin bagi anak-anaknya,Perdana menteri adalah pemimpin bagi negaranya,Menteri Besar adalah pemimpin bagi negerinya dan jangan lupa,Wakil Rakyat@YB adalah pemimpin bagi pengundinya.

Fikirkanlah..
-ijoks2009-
Rujukan :Tafsir Arrahman,Kuliah Tokguru.

Wednesday, July 15, 2009

Gelombang lebih hebat menanti UMNO PRU 13 PDF Cetak Emel
WEDNESDAY, 15 JULY 2009 08:43

Suatu yang kita tidak boleh nafikan oleh ahli ataupun pimpinan PAS ialah kemerosotan undi menyebabkan jurang majoriti terhakis begitu besar daripada iaitu 1352 undi kepada 64 undi. Undi PAS merosot agak teruk terutamanya di kawasan-kawasan 'hardcore PAS'. Ia pengajaran buat kita.

Walaupun PAS menang, UMNO sudah pasti mendabik dada dan berbangga kerana mampu melebarkan jurang perbezaan undi yang sebegitu besar. Walaupun PAS menang, tetapi bukan kemenangan yang di fokuskan dalam media arus perdana, tetapi "kemenangan tipis" itu yang di war-warkan.

Walaubagaimanapun, BN lupa bahawa sebenarnya mereka merosot beberapa undi di kubu kuat mereka. Sebagai contoh di Manjor UMNO sebenarnya merosot 16 undi di saluran 1 dan merosot 106 undi di saluran 2. Jumlah undi PAS juga hanya merosot sebanyak 398 undi. Suatu kemerosotan yang masih kecil.

Tidak kita nafikan juga sememangnya peningkatan undi BN yang agak besar iaitu sebanyak 889 faktor penting kemenangan BN selain undi pos yang menjadi modal tetap mereka (BN mendapat 35 undi daripada 36 undi).

Ini bermakna BN tidak boleh terlalu yakin dengan kemengan ini. Jika PAS merosot agak teruk hari ini, BN juga pernah tewas teruk pada tahun 2008 selepas menang pada tahun 2004.

Apa yang penting PAS semamangnya akan terus bangkit membina balik tembok yang telah runtuh khususnya di Manek Urai. Kemerosotan ini akan membina semangat para petugas PAS untuk terus bekerja ke arah kemenengan.

Abe Uji semestinya akan melihat ini sebagai satu cabaran dan peluang untuk meraih kembali serta menambah 398 undi yang hilang. Maka UMNO/BN akan menghadapi satu lagi gelombang tentera PAS yang lebih hebat dan lebih panjang berbanding pilihan raya umum ke-12. Bersediakah UMNO??

sumber: http://prkn41.pas.org.my/index.php?option=com_content&view=frontpage&Itemid=70

Umngok Beratur Berebut "Wang Malaysia"

-Malaysiakini-

Kira-kira 40 orang dilihat beratur di hadapan sebuah rumah kayu dalam kawasan bangunan pejabat Kesedar, yang terletak kira-kira 50 meter dari pusat mengundi di SK Peria.

Kelihatan mereka menghulurkan kad pengenalan masing-masing kepada beberapa petugas di depan pintu rumah tersebut.

Beberapa orang yang bertugas di situ memegang senarai nama yang didakwa pengundi yang tinggal di luar Manek Urai dalam daftar pemilih.

Petugas terbabit kemudiannya memanggil nama dari senarai berkenaan dan mereka yang beratur di situ akan menunjukkan kad pengenalan masing-masing bagi mengesahkan identiti mereka.

Seorang lelaki warga emas yang pulang dari Kuala Lumpur untuk mengundi, memberitahu Malaysiakini bahawa mereka menerima RM300 jika nama mereka terdapat dalam senarai tersebut sebagai elaun tambang.

Wartawan melihat sendiri orang ramai menunjukkan kad pengenalan mereka kepada petugas di situ dan kemudian keluar sambil memegang beberapa keping wang tunai RM50.

Tidak kelihatan sebarang logo parti politik tetapi terdapat sebuah kereta Proton Wira warna putih bersama logo Kesedar di depan rumah tersebut, tempat orang ramai beratur.

Seorang petugas lelaki yang berbaju putih memanggil nama mereka yang beratur. Difahamkan beliau merupakan tuan rumah bagi ceramah "Pentas Pemuda" di Sungai Peria beberapa hari lalu.

-ijoks2009-One Malaysia ke Wang Malaysia yang di dahulukan??
sumber : malaysiakini

N-41 Manek Urai: Gambar Dan Video Pengakuan UMNgOk Sogok Wang

Dekat bawah ni ialah gambar yang diambil pada pagi hari pengundian dan lokasinya ialah berhampiran pejabat KESEDAR Sungai Peria. tengok gambar dulu...
Gambar diatas ialah gambar yang diambil semasa beberapa petugas Pilihanraya N-41, MAFREL dan juga NGO yang terlibat dalam pemantauan PRK N-41 menyerbu sebuah rumah yang disyaki dijadikan lokasi mengagihkan sogokan wang oleh UMNgOk/Barisan Nasiyonal...

Aku yakin para pembaca yang menyokong UMNgOk/Barisan Nasiyonal bising kononnya tak de bukti... gambar macam ni bukan bukti...

Jadi baik korang tengok video pengakuan dekat bawah ni pulak... diambil dari lokasi yang sama ketika serbuan dibuat..
dipetik daripada blog perisik-rakyat.com
Ustaz Halim Ramli meninggal dunia
Wartawan Kita
Wed | Jul 08, 09 | 9:56:05 am MYT

KUALA KRAI, 8 Julai (Hrkh) - Pendokong perjuangan Islam di Tanah Merah dikejutkan dengan kematian ketua penerangan kawasan itu, Ustaz Abdul Halim Ramli, 44 kira-kira jam 8 pagi tadi.

Iklan

Beliau meninggal dunia di Hospital Tanah Merah akibat serangan jantung dan penyakit paru-paru berair. Allahyarham dimasukkan ke hospital berkenaan dua hari lalu, meninggalkan enam anak dan seorang balu.

Jenazahnya akan disemadikan di tanah perkuburan Islam Kampung Batu 9, Batang Merbau selepas solat Asar petang ini.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Tanah Merah, Nordin Ismail berkata, semasa hayatnya Allahyarham seorang yang aktif dalam perjuangan Islam dan kegiatan kemasyarakatan.

"Beliau sebelum ini merupakan anggota jawatankuasa Pemuda PAS Kelantan dan pernah mengetuai Dewan Pemuda PAS Jeli sebelum berlaku persempadanan baru pilihan raya," katanya di sini.

Selain itu Allahyarham juga merupakan seorang peniaga yang berjaya.

Nordin berkata, kematiannya merupakan satu kehilangan besar kepada PAS Tanah Merah dan Kelantan.

"Sebelum dimasukkan ke wad beliau datang bertugas membantu kempen PAS di Manek Urai," katanya. Al Fatihah.

dipetik dari Harakahdaily.net

PAS akan lakukan post-mortem - Dato' Halim
Mohd Nor Yahya
Wed | Jul 15, 09 | 12:05:11 am MYT

KUALA KRAI, 15 Julai (Hrkh) - PAS akan membuat post mortem dalam masa terdekat ekoran kemerosotan ketara undi diperolehi pada pilihan raya kecil Dun Manek Urai semalam.
Iklan




Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dato� Abdul Halim Abdul Rahman berkata, beberapa faktor antaranya janji untuk menyediakan jambatan baru di Manek Urai dan sogokan wang boleh mempengaruhi sikap pengundi luar.

"Namun saya ingin sampaikan tahniah kepada kebijaksanaan penduduk Manek Urai yang berjaya mempertahankan kerusi tersebut," kata beliau ketika ditemui selepas pengisytiharan kemenangan Mohd Fauzi Abdullah di Dewan Sekolah Sultan Yahya Petra.

Menurutnya janji yang ditaburkan Umno pada saat-saat akhir belum mampu memikat keseluruhan pengundi di Manek Urai.

Beliau juga berkata kemenangan tipis bukan satu persoalan memandangkan ia pernah berlaku di Pulai Chondong pada pilihan raya kecil yang diadakan sebelum ini.

"Ia juga ada kaitan dengan sikap SPR yang mengadakan pengundian pada hari kerja dan kepulangan pengundi luar walaupun ramai namun ada yang terpengaruh dengan janji dan sogokan wang," katanya.

Anggota jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahmad berkata, terlalu banyak janji yang ditabur Umno di Manek Urai, namun kesetiaan kepada konsep Membangun Bersama Islam tetap dipertahankan.

Beliau yang juga anggota Parlimen Kuala Selangor berkata, PAS berdepan dengan seluruh jentera kerajaan. - harakahdaily.net

Nik Aziz Minta Pengundi Keluar Awal-malaysiakini

Amanat Pimpinan Pakatan Rakyat


KOTA BHARU, 13 Julai: Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyeru semua bakal pengundi N41 Dewan Undangan Negeri Manek Urai turun awal untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam pilihan raya kecil Dun berkenaan esok, 14 Jun.

Beliau juga turut mengingatkan bakal pengundi khususnya menunaikan solat sunat dua rakaat di rumah masing-masing sebelum turun untuk membuang undi .

Beliau berkata demikian dalam sidang medianya hari ini. Lagipun, tambahnya mengundi seumpama menunaikan amalan fardhu yang lain seperti solat, puasa bulan Ramadan yang dilakukan hanya untuk Allah.

“Allah telah menetapkan dunia ini Dia yang punya, oleh yang demikian apabila kita ingin membuang undi, ianya hendaklah selaras dengan kehendak Allah SWT.

“Kalau rakyat Kelantan membuat rumah di tepi jalan, itu bererti setinggan, kita kena roboh, kalau orang luar negara datang buat pembangunan juga kena roboh sebab setinggan,”ujarnya lagi.

Katanya, manusia ini adalah hamba Allah yang tidak boleh melakukan perkara lain mengikut landasanNya di mana akhirnya ada balasan syurga dan neraka.

Menurutnya, sekiranya perkara itu dilakukan juga dengan menolak hukum Islam, dengan mengambil hanya soal demokrasi semata-mata, tetap menjadi setinggan.

“Kerana itu saya ingatkan kepada semua rakyat Kelantan tidak kira sama ada orang Umno atau PAS, mesti keluar mengundi esok.( pagi ini )

“Sudah banyak contoh yang kita buat di Kelantan ini telah dapat diterima oleh rakyat pelbagai peringkat peringkat dan bangsa sama ada Melayu, India, Cina dan sebagainya alhamdulillah,”ujarnya lagi.

Menurutnya, tidak kira bangsa apa sekalipun, sama ada Arab, Melayu, India dan Cina akan menjadi ‘setinggan’ sekiranya melakukan sesuatu di luar kehendak Islam.

Beliau juga berharap keharmonian akan berlaku sepanjang proses pilihan raya esok.

Bagaimanapun, tambahnya sesuatu di luar jangkaan kadang-kadang boleh berlaku apabila ‘diganggu’ oleh pihak-pihak tertentu yang sengaja ingin menjadikan suasana agak tegang.

Beliau bagaimanapun tidak menolak perubahan masyarakat dalam menangani politik di negara ini telah jauh berubah berbanding zaman 50-an atau 60 an dahulu.

“Kalau dahulu bendera PAS khususnya dibakar oleh mereka yang tidak bertanggungjawab,”ujarnya lagi.

Sehubungan itu, beliau turut menyeru bakal-bakal pengundi di luar Kelantan diseru pulang untuk menunaikan tanggungjawab yang penting itu.

"PAS FOR ALL"
"ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN"
UNIDILAH PAS!!! UNDILAH PAS!!! UNDILAH PAS!!!

Berikanlah undi anda kepada PAS kerana PAS bukan sahaja untuk semua tetapi juga memimpin perubahan.

TAKBIR!!!


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ""!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
" LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!! "

Kemengan Pas Di Manik Urai


kemangan pas di manik urai menunjukkan rakyat tidak mahu akan perubahan....
sebaliknya rakyat hanya mahu islam dan kebenaran.......
ape yang kita semua tahui pas hanya menang dengan hanya 65 undi sahaja....
inilah yang disiarkan dalam tv umno semalam............
tetapi yang sebenarnya pas telah mengalahkan umno sebanyak 1700 undi.......
apabila sampai di pusat kiraan undi dan telah dikira semula pas hanya menang 33 undi je.............
dan kiraan kali ke-3 dibuat telah menunujukkan pas menang sebanyak 65 undi....
kemana hilang kertas undi yang sebelum ini telah mengatakan pas menang sebanyak 1700 undi...
tentu sekali pihak atasan telah membuat undi tersebut sebagai undi rosak....
hanya allah sahaja yang dapat membalas di atas perbuatan kejinya itu....
ape2 pon pihak pas telah bersyukur di atas kemenangan itu............

Tuesday, July 14, 2009

Suasana di Manik Urai pagi ini


kempen sudah berakhir jam 12 mlm tadi.
jalan raya sesak dengan kenderaan dari Bandar kuala krai sehingga ke kg peria(kira2 20km)
sokongan padu kepada Pas jika dilihat pada kenderaan yg membawa
bendera...
suasana cukup meriah..
kedua2 penyokong parti kelihatan berdisiplin


8.00 Pagi : Semua pusat mengundi DUN Manek Urai telah dibuka secara rasmi sebentar tadi. Sebanyak 9 pusat mengundi di DUN Manek Urai. Selamat membuang undi.

8.01 pagi: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat tiba di pusat pengundi kawasan Sg Peria, SK Peria. Beliau tidak mahu meramalkan tetapi punya keyakinan PAS akan beroleh kemenangan.

8.20 pagi - Abe Uji telah masuk ke dalam tempat membuang undi Sekolah Kebangsaan Sungai Peria memerhati perjalanan proses pembuangan undi yang sedang berlangsung.

8.30 pagi Setelah 20 minit melihat keadaan di Sungai Peria calon Pas, Abe uji menuju ke Sekolah Kebangsaan Sungai Sok pula.

8.29 pagi Kebanyakan yang turun mengundi awal pagi ini adalah dari saluran satu.

9.00 pagi Sementara itu, laporan dari Sekolah Kebangsaan kampung Karangan UPU Manjor, jalan ketika ini sesak berikutan laluan sempir menuju temapt mengundi.

Petugas jentera PAS lebih menguasai keadaan dalam merayu undi, hanya sebilangan kecil kumpulan puteri Umno kelihatan di sana.

9.08 pagi - Laporan dari 9 tempat mengundi, saluran 3 masih lagi lengang. Hanya saluran 1 yang di penuhi pengundi.

9.10 pagi
- Helikopter peronda polis mulai sesak diudara, memantau keseluruhan tempat seolah-olah Manek Urai di duduki pengganas.

Pesan Tokguru pada pengundi Manik Urai



"Sebagaimana saya sering sebut sebelum ini 'beri gula kacau, beri kain pakai, beri lembu sembelih, tetapi bila mengundi pangkah calon PAS' hendaklah terus dipraktikkan.

"Duit yang dia bagi kita ambil, tetapi jangan undi dia, akhirnya dia akan perit setelah dia berasa dia bodoh dan tertipu," ujarnya.

Monday, July 13, 2009

Surat Debat Tok Guru Kepada PM

Kategori: Isu Semasa
(S)16/7/(21) 9 Rejab 1430 / 2 Julai 2009

Yang Amat Berhormat
Datuk Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
Bangunan Perdana Putra
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA

Assalamualaikum WM WB.

Semoga YAB. Dato’ Seri sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan beroleh petunjuk yang berpanjangan dari Allah SWT dalam memimpin Negara.

YAB Dato Seri,

Cadangan Mengadakan Debat Ilmiah Isu UMNO Parti Menolak Islam

Dengan segala hormatnya, di maklumkan bahawa saya ada menerima khabar tentang laporan polis yang dibuat oleh anak buah di Kelantan Dato’ Seri berhubung dengan perkara di atas. Pada dasarnya, saya lebih banyak berlapang dada.

Mengikut laporan, kononnya saya telah menghasut dengan mengatakan bahawa UMNO sebuah parti yang sesat. Di sini, izinkan saya tegaskan sekali lagi bahawa “mana-mana faham yang menolak Islam (termasuk UMNO) – sememangnya kita panggil ajaran sesat”. (lihat Utusan Malaysia muka surat 6, 27 Jun 2009).

Sebagai penjelasan, mari kita mulakan begini. Pertama, dunia ini bukan dibuat oleh manusia atau terjadi sendiri. Ia ada penciptanya dan tuannya yakni Allah. Oleh sebab itulah kita tidak boleh buat pandai-pandai, melebihi dari apa yang menjadi kehendak “Tuan Punya” yang menjadi tuan rumah kepada seluruh alam ini.

Kedua, al-Quran menetapkan bahawa manusia, tanpa mengira bangsa , bahasa dan keturunan adalah menjadi khalifah-Nya. Kepada manusia pertama iaitu Adam ‘alaihissalam, Allah SWT telah menetapkan bahawa sebarang perbalahan yang berlaku di antara anak buah kamu (lihat sebahagian surah al-Baqarah Ayat 36) akan menjadi reda dan tenang (lihat pula sebahagian Surah al-Baqarah Ayat 38)sekiranya kamu menuruti hidayah-Ku. Atau, maksud kedua-dua perkara ini ada dirangkumkan dengan penuh didalam surah Thoha yang bermaksud, “Allah berfirman:turunlah kamu berdua dari syurga bersama-sama , sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain. Maka, jika datang kepada kamu petunjuk dari-Ku, lalu barangsiapa yang mengikuti petunjuk dari-Ku, ia tidak akan sesat dan celaka.”(Lihat surah Thoha Ayat 123). Ini adalah benda yang menjadi tugas utama yang amat penting para Nabi sejak daripada zaman berzaman termasuk Nabi Muhammad SAW.


Nabi SAW mewajibkan kita membaca Fatihah dalam sembahyang. Di dalam Fatihah, telah ditetapkan tiga perkara pokok. Satu laluan yang betul dan dua yang salah. Ayat “si ro thollazi na an ‘am ta ‘alai him” yang menuntut jalan yang lurus adalah betul manakala ayat “ghoiril maghdhu bi ‘alaihim waladdhol liin” adalah yang salah seperti yang di maksudkan. Aneh, bahkan silapnya Umno ialah Umno tolak yang betul iaitu “siro thollazi na an ‘am ta ” yang menjadi jalan Nabi-Nabi iaitu menolak Islam dan mengambil sistem sekular barat yang tidak pasal-pasal menimbulkan pecah-belah teruk di kalangan seluruh orang Melayu dan orang Islam bukan Melayu di Malaysia. Ini termasuk jugalah perpecahan antara orang Islam dan Non –Islam di negara kita.

Lebih buruk apabila semuanya ini menjadikan orang-orang yang belum Islam terkapai-kapai; yang mana yang sebenar samaada Islam atau sekular. Hasil daripada inilah saya rasa sudah sampai masanya untuk mengajak Presiden Umno yang menjadi Perdana Menteri sekarang ini bersemuka dengan saya di atas dasar “waja dil hum billati hiya ahsan” yang bermaksud, “serulah manusia pada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan nasihat yang baik “(Sebahagian dari maksud surah an-Nahl Ayat 125).

Persoalan yang ada di hadapan kita sekarang ialah kenapa Umno tolak Islam sedangkan Islam adalah jalan yang bersifat “siro thol mustaqiim”? Bahkan, sikap Umno melawan PAS sedangkan PAS yang ditubuhkan sejak 1951 meletakkan Islam sebagai dasar adalah sebuah kekeliruan yang cukup dahsyat. Pegangan Umno yang menolak jalan yang lurus inilah yang saya ertikan sebagai boleh membawa kepada perpecahan dan kesesatan.

Menyamakan atau membandingkan ajaran Ayah Pin atau komunis dengan UMNO yang menolak Islam adalah sekadar mematuhi kaedah al-balaaghah. Ini penggunaan perumpamaan atau kiasan semata-mata. Jauh dari segi maudhu’, ia bertujuan untuk menjelaskan bagaimana aliran asal sekularisme yang menolak agama khususnya Islam dari pemerintahan. Ini punca sebenar atau ibu kepada segala kesesatan. Apabila sekularisme itu adalah faham yang sesat, maka tidakkah faham kebangsaan yang merupakan cabang dari ajaran sekular bawaan Parti Kebangsaaan Melayu Bersatu (UMNO) itu juga turut sesat?

Seperti yang kita sedia maklum, perdebatan diterima oleh Islam dan diterima oleh demokrasi. Ia perkara fitrah dan perkara sedunia. Contoh terdekat ialah perdebatan antara Obama dengan saingan beliau dari parti Republikan. Begitu juga dengan debat antara calun-calun Presiden Indonesia terkini yang sedang berlangsung di Jakarta yakni antara regu Susilo Bambang Yudhono/Boediono, Megawati Soekarnoputri/Prabowo Subianto dan Jusuf Kalla/Wiranto.

Jika di Eropah dan negara negara demokrasi yang lain, debat lebih ditumpukan kepada perkara-perkara cabang yang bersifat keduniaan semata-mata maka apa salahnya jika kali ini kita perbahaskan perkara pokok yang menyentuh aqidah? Masalah yang saya bawa ini adalah perkara aqidah yakni persoalan tunjang yang menyentuh kedua-dua kepentingan secara bersekali, dunia dan akhirat.Jika tidak betul aqidah, sembahyangpun tidak diterima. Dunia demokrasi yang sekular; mana ada pedulikan masalah aqidah dan


persoalan “sesat tak sesat”? Soal sesat atau tidak, ini istilah ugama. Ini bukan isu perlembagaan dan undang-undang.

Sesat seperti yang terdapat di hujung surah al-Fatihah (adho- Lliin) bererti dholalah yakni tidak bertemu atau berjumpa jalan.Kita perlu sama-sama sedar bahawa jalan yang boleh diharap hanyalah jalan yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Ini persoalan “huda llil muttaqiin” yakni jalan yang menjadi petunjuk bagi mereka yang bertaqwa (lihat sebahagian maksud al-Baqarah Ayat 2). Tak turut jalan inilah apa yang dipanggil sesat.
Tidak timbul sama sekali soal menghasut atau mencetuskan keresahan. Ini isu ugama sepenuhnya. Ini persoalan teguran dan dakwah.

Demi mencari kejernihan dan menghentikan polemik, saya mohon mencadangkan sebuah debat ilmiyyah dianjurkan dalam tempoh terdekat kearah menjelas dan merungkai segala kemusykilan dari kedua-dua perspektif parti bertajuk “kerana apa Umno tolak Islam dan kerana apa Umno lawan PAS”; tidak lebih daripada itu. Insya Allah, saya bersedia untuk bersama Dato’ Seri Perdana Menteri dalam majlis berkenaan tanpa meletakkan sebarang syarat. Lantiklah mana-mana mufti atau salah seorang sarjana yang faqih lagi amanah, baik dari dalam mahupun luar Negara untuk menjadi pemudah cara yang adil bagi tujuan ini. Tempat yang sesuai boleh ditetapkan oleh pihak Dato’ Seri, baik di Kuala Lumpur atau di mana-mana. Hari dan masa juga adalah mengikut kelapangan dan keselesaan YAB. Saya boleh mematuhi kepada apa jua ketetapan asalkan Dato’ Seri bersedia untuk bersama dalam sebuah rapat ilmiyyah untuk dibuat siaran langsung demi manfaat Negara.

Seluruh rakyat akan menjadi hakim di atas pelbagai sandaran yang saya maksudkan ketika mengatakan apa yang telah saya sebut mengenai fenomena UMNO dengan persoalan kesesatan ini.

Jadi, sekali lagi saya dengan ikhlas mengangkat cadangan ini agar sudilah apa kiranya YAB. Dato Seri menerima pelawaan ini mengikut kesesuaian tarikh Dato” Seri demi kebaikan bersama. Semoga diizinkan Allah. Terima kasih, Wasalam.


Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

RAYUAN PENGUNDI DUN MANEK URAI

Kategori: Politik
Bismilllahir Rahmanir Rahim

Dalam keadaan yang tersangat berat kita terpaksa menerima sebuah perpisahan. Pada kira-kira jam 6.00 pagi tanggal 22 Jamadil Awal 1430 (Jumaat)/22 Mei 2009, Allah S.W.T. telah menjemput Almarhum Pak Su kita menemuiNya. Rupa-rupanya kasih sayang Allah S.W.T melebihi nilai kasih sayang kita kepada Pak Su Wel kita. Demikianlah resam kehidupan yang bernama hidup dan mati. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati.” - Surah Ali’Imran : Sebahagian dari Ayat 185

Sama juga halnya dalam satu ayat yang lain:

Maha Suci Allah Yang ditanganNyalah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa diantara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” - Surah Al Mulk: Ayat 1 dan 2

Hidup ini penuh dengan pelbagai ujian untuk mengasingkan antara orang yang taat dengan hamba-hambanya yang derhaka.

Dalam Sistem Demokrasi, tentu sekali pengosongan Kerusi DUN Manek Urai perlu diisi. Setelah membuat pertimbangan yang sehabis cermat, maka kita turunkan calon ganti yang bernama Mohd Fauzi Abdullah berusia 50 tahun, anak tempatan yang mesra rakyat ini, sengaja kita ambil untuk mengganti arwah. Ini semata-mata kerana mutu sifat suka berkorban beliau yang luar biasa. Dalam banyak perkara, beliau menyerupai sifat mudah mesra dan mudah berkira, amalan bekas ADUN kita yang lalu.

Selain dari melihat sifat peribadi beliau yang ramah, cergas dan merendah, beliau seorang yang istiqamah dalam perjuangan. Sifat semula jadi beliau yang suka berkorban, saya lihat cukup sesuai dengan persekitaran alam dan selera pengundi di kawasan yang kaya dengan tumbuhan hijau di Manek Urai ini. Hanya dua kali sahaja Umno telah diberi peluang menang. Berpuluh-puluh tahun selebihnya; alhamdulillah, kerusi ini menjadi milik PAS hingga sampai ke hari ini.

Kita tidak meminta sesuatu yang lebih untuk Pilihan Raya Kecil pada kali ini. Apa yang cuma perlu kita lakukan hanyalah mengulangi apa yang telah kita buat pada 8 Mac 2008. Bahkan, jika PAS menang dengan majoriti 1,352 undi pada tahun lepas, maka mari kita buat sedikit pembaikian dengan menambah majoriti. Tidak ada apa kelebihan yang ada dari parti lawan selain daripada umpan hadiah berupa pembangunan dan janji-janji subsidi di sana sini. Kita bukan tidak kenal siapa Umno. Cukuplah dia menghuru-harakan Negeri Perak. Mari kita kekalkan suasana tenang di Kelantan, dalam rahmat pemeliharaan Allah S.W.T. seperti yang telah dianugerahiNya kepada kita selama ini.

Di bawah PAS, susah apa. Agama dapat, pembangunan dapat. Kita sedang beri makanan rohani yang secukupnya tanpa mengabaikan aspek kebajikan kepada rakyat kita. Apa yang ada pada kita, tidak ada pada Umno. Ini semua bertolak dari kejujuran kita untuk menjaga agama Allah dan nasib rakyat tanpa mengira bangsa dan warna kulit supaya berjaya di dunia dan berjaya lagi di akhirat. Yang kita sama-sama sedang berikhtiar dan sentiasa perlu jauhi ialah azab Neraka di akhirat kelak. Umno tidak ada ‘buah’ ini. Sikit-sikit pembangunan. Sikit-sikit one Malaysia. Dia hanya gilakan dunia. Bagi mereka, halal haram dia tak peduli. Bagi mereka kejayaan di akhirat tidak mustahak.

Kepada seluruh pengundi, baik dalam mahupun luar, mari kita terus kembali kepada Islam. Tunaikan tanggungjawab pada 14 Julai ini. Pilihan kita adalah PAS. Nampak saja bulan, jangan banyak soal; terus pangkah - selesai masalah. Mari kita kekalkan persekitaran hijau yang subur di Manek Urai demi Allah untuk Allah kerana hanya Dialah jua yang Maha Besar.

Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar.




NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Menteri Besar Kelantan
Merangkap
Mursyidul Am PAS

Berita Terkini dari Manik Urai

Berita terbaru yang diterima dari imformer yang baru pulang dari Manik Urai mengatakan umno mula membahagi bahagikan duit untuk meraih sokongan pengundi Manik Urai .Dikatakan setiap Rumah di Manik Urai ditawarkan beribu-ribu ringgit sebagai balasan jika sudi mengundi Umno dalam pilihanraya nanti.

Setiap pengundi ditawarkan sebanyak RM 1000 untuk satu undi.Dikatakan juga orang besar dari Putrajaya sendiri datang ke rumah-rumah di kampung-kampung untuk membahagi-bahagi kan wang kepada pengundi di situ.Siapa orang besar tu, korang pikir la sendiri..

Mengikut kiraan yang dibuat secara rawak oleh petugas-petugas pilihanraya setakat kelmarin, kemungkinan Pas akan menang tipis pada pemilihan kali ini di sebabkan oleh beberapa faktor.
Selain faktor membeli undi,faktor dalaman juga mungkin menyebabkan Pas bakal mendapat kemenangan yang tipis di Manik Urai kali ini.

Masaalah dalaman itu ialah masaalah tak puas hati di kalangan penduduk setempat berkenaan kurang nya sikap ambil peduli jentera parti kepada pengundi yang difikirkan sudah pasti menyokong pas dan penekanan terlampau diberi kepada pengundi baru dan pengundi atas pagar.

Golongan ini yang kebanyakannya sudah agak berusia mungkin merasa kecik hati dengan sikap petugas tempatan.Dibimbangi mereka mungkin memprotes dengan tidak keluar mengundi pada hari pengundian nanti.

Perkara ini perlu di pandang serius oleh jentera parti di peringkat tempatan jika tidak mahu menghadapi saingan yang sengit dari pihak lawan.
Dalam kita berusaha meraih sokongan pengundi baru jangan pula kita lupa kepada generasi lama yang sudah banyak berjasa kepada kepada parti.

Sunday, July 12, 2009

ADUN Galas Uzur


KOTA BHARU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pas kawasan Galas di Parlimen Gua Musang, Che Hashim Sulaiman, 45, kini dilaporkan dalam keadaan uzur akibat kanser perut.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata beliau sudah menghubungi Che Hashim semalam dan bertanya khabar mengenai keadaan Adun itu.

"Semalam saya hubungi dia, memang dia sakit barah dan uzur sekarang ini. Dia menjalani proses kimoterapi di Kuala Lumpur," katanya di Kota Darulnaim di sini, hari ini.

Menurut sumber rakan terdekat Che Hashim, berkata beliau kini sentiasa berulang-alik dari kawasannya ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan kimoterapi bagi penyakitnya itu, yang kini berada di tahap empat.

"Semua ahli keluarganya jarang berada di rumah di Taman Tropika, Galas dan Kampung Kerinting, di Galas," katanya.

Sementara itu, pemimpin Pas dan ahli keluarga terdekat ketika dihubungi enggan mendedahkan sebarang maklumat mengenai keadaan Che Hashim.

Tinjauan mendapati di pejabat Pas Kawasan Parlimen di Bandar Gua Musang turut mengadakan majlis tahlil dan bacaan surah Yassin bagi mendoakan kepada Allah supaya Che Hashim segera sembuh.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Gua Musang, Bazlan Baharuddin, berkata beliau juga mendapat khabar daripada anggota keluarga Che Hashim mengenai perkara itu.

"Saya cuba menziarahi Che Hashim untuk melihat keadaannya namun tidak berpeluang kerana dia sentiasa tiada di rumah. Sudah lama saya dapat tahu, tapi keadaannya sekarang dikatakan serius.

"Kami dan Pemuda Umno akan turut mengadakan bacaan surah Yassin dan mendoakan supaya Che Hashim segera sembuh dan sihat," katanya.